Home AM Jabatan Penjara Malaysia benarkan lawatan perjumpaan sempena Hari Raya Aidilfitri 2021 selama 5 hari, tertakluk kepada syarat
AM

Jabatan Penjara Malaysia benarkan lawatan perjumpaan sempena Hari Raya Aidilfitri 2021 selama 5 hari, tertakluk kepada syarat

KAJANG 5 Mei 2021 – Jabatan Penjara Malaysia memaklumkan bahawa kebenaran diberikan bagi lawatan
perjumpaan sempena Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2021 kepada keluarga penghuni selama lima (5) hari bermula pada 15 hingga 19 Mei 2021. Kebenaran tersebut adalah tertakluk kepada beberapa syarat.

Menurut Jabatan Penjara Malaysia, syarat-syarat yang ditetapkan adalah seperti seorang penghuni hanya dibenarkan untuk menerima sekali sahaja lawatan daripada keluarga. Lawatan perjumpaan hanya dibenarkan kepada pelawat yang membuat temujanji sahaja.

“Tempahan boleh dibuat bermula hari ini sehingga 10 Mei 2021. Terdapat tiga (3) kaedah tempahan iaitu Sistem i-Visit di laman web: www.prison.gov.my, panggilan telefon di institusi berkenaan dan E-mel atau surat ke institusi berkenaan.

Pihak institusi akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat dan masa perjumpaan maksimum selama 30 minit yang juga bergantung kepada situasi institusi penjara berkaitan.

Hanya 2 orang pelawat sahaja dibenarkan dalam kalangan keluarga yang telah ditetapkan oleh pihak penjara dan pelawat berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan melakukan perjumpaan.” kata Jabatan Penjara Malaysia.

Tambahnya, warga emas berumur 60 tahun ke atas tidak digalakkan dan sebarang risiko adalah tanggungan sendiri dan Pelawat dikehendaki mematuhi SOP yang telah ditetapkan semasa perjumpaan.

“Kebenaran perjumpaan tidak terpakai kepada penjara atau penjara yang berada dalam zon/ daerah yang dikenakan PKP atau PKPD. Sila hubungi institusi berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Maklumat institusi boleh didapati di laman web http://www.prison.gov.my

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNASains, Teknologi & Komunikasi

MCMC terus pantau kandungan jelik babitkan unsur 3R

CYBERJAYA 19 Mac 2023 – Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),...

AMHighlightsMY LNAPertanianSekuriti Makanan

Mohamad Sabu ke Indonesia, teroka teknologi baru industri padi

PUTRAJAYA 17 Mac 2023 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, B Datuk...

AMHighlightsMY LNAPertahanan

Majlis Serah Tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia

PUTRAJAYA, 17 Mac 2023- Timbalan Ketua Pengarah Logistik, Agensi Pengkuatkuasaan Maritim Malaysia,...

AMHighlightsMY LNAPertahanan

Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bersara selepas 42 Tahun Berkhidmat kepada Negara

PUTRAJAYA, 16 Mac 2023 – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’...