KUALA LUMPUR 3 Mei 2021 – Malaysia mencadangkan lebih banyak kerjasama dapat dibuat serta dilaksanakan bersama Pavilion Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ekspo Dubai 2020 yang dijadualkan semula mulai 1 Oktober 2021 sehingga 31 Mac 2022.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kerjasama itu akan membabitkan bidang seperti padanan perniagaan, program sosial, seminar dan pertukaran jemputan selaku penceramah atau audiens.
“Bidang kerjasama yang dipertingkatkan ini bertujuan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan meningkatkan hubungan bilateral antara kedua-dua negara” katanya
Pada Ahad, Mohamed Azmin melawat Pavilion Malaysia di ekspo itu sebagai sebahagian daripada inisiatif Misi Perdagangan dan Pelaburan ke UAE yang diterajuinya pada ketika ini.
Lawatan itu bertujuan bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai pavilion itu yang dijangka menarik penyertaan 300 syarikat Malaysia, 5,000 delegasi bagi program perdagangan dan perniagaan Malaysia, dan sejuta pengunjung di sepanjang ekspo itu.
“Adalah penting untuk Malaysia meletakkan saranan nilai yang berupaya meningkatkan kelebihannya dalam sains dan teknologi masa depan, persekitaran perniagaan dan pelaburan yang kondusif, serta pelbagai peluang dalam sektor ekonomi baharu dan baharu muncul seperti teknologi kewangan, Industri 4.0, taman perindustrian eko dan tenaga boleh diperbaharui” jelas beliau dalam satu kenyataan rasmi hari ini.
Ekspo tersebut juga berperanan dalam menonjolkan kekuatan Malaysia sebagai hab perdagangan dan pelaburan untuk perniagaan di rantau Timur Tengah, Afrika Utara dan Asia Selatan (MENASA) dan di luarnya.
Sebanyak 192 negara dan organisasi antarabangsa akan menyertai ekspo tersebut dan dijangka akan menarik 25 juta pengunjung dalam pameran antarabangsa yang berlangsung dalam tempoh enam bulan itu.
“Dengan mengambil kira skala ekspo yang dinanti-nantikan ini, syarikat Malaysia boleh memanfaatkan sepenuhnya platform ini untuk mempercepatkan pemulihan perniagaan mereka akibat impak pandemik Covid-19,” katanya.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment