COVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

75 Peratus Daripada Jumlah Vaksin Yang Diterima Telah Disuntik – Khairy

193

PUTRAJAYA 3 Mei 2021 – Setakat ini, negara telah menerima sebanyak 1,938,660 dos vaksin Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca dan daripada jumlah itu sebanyak 1,453,382 dos telah disuntik jelas Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Jelas beliau lagi, dakwaan kononnya kadar vaksinasi di dalam negara rendah dan perlahan adalah tidak benar kerana pemberian suntikan vaksin dibuat mengikut jadual penghantaran bekalan serta kadar penggunaan vaksin yang diterima di dalam negara adalah 75 peratus.

Beliau berkata, sebanyak 25 peratus vaksin lagi telah dikhususkan untuk janji temu suntikan yang disusun berdasarkan kepada jadual penghantaran.

“Kita akan teruskan dengan 80 peratus lagi selepas raya nanti kerana sekarang terdapat kekangan disebabkan kes Covid-19 yang meningkat, kekangan tenaga kerja dan sebagainya.

“Bila bekalan vaksin sampai lagi, kita akan terus gerakkan vaksin itu untuk disuntik masuk pada lengan penduduk Malaysia. Tiada soal kita simpan vaksin dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengenai perkembangan PICK.

Dalam kenyataan yang sama, Khairy turut mengulas keputusan kerajaan negeri Pahang untuk memberi vaksin jenis Sinovac kepada pekerja hospitaliti dibuat sebelum mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) pada 6 April.

“Dalam mesyuarat itu, JKJAV telah menyemak semula penggunaan vaksin Sinovac daripada mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas termasuk mereka yang mempunyai komorbiditi”.

“Kami berpegang pada keputusan menyemak semula (penggunaan) vaksin Sinovac berdasarkan data klinikal dan perkembangan amalan penggunaan vaksin itu di pelbagai negara di dunia,” katanya.

Sementara itu, Khairy berkata, mereka sedang bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi menggalakkan rumah penjagaan warga emas yang tidak berlesen untuk tampil dan mendaftarkan penghuninya untuk program imunisasi itu.

“Kami memberi jaminan tiada tindakan akan diambil semasa program imunisasi dan kami menggalakkan mereka untuk mendaftar,” katanya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAUTAMA

Selangor catat bilangan lokaliti hotspot denggi tertinggi

PUTRAJAYA, 21 Julai 2024 – Pada Minggu Epidemiologi ke-28 tahun 2024, jumlah...

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNA

Program kerjasama AADK-MAIS sediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah

SELANGOR, 19 Julai 2024 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bersama Majlis Agama...

AMBernamaBM @ MY LNAKesihatan @ My LNA

Penerbitan Summary Of The Malaysia National Cancer Registry Report 2017-2021

KUALA LUMPUR, 19 Julai 2024 (Bernama) – Kanser terus meningkat sebagai penyakit kronik,...