1 Mei 2021 – Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin memaklumkan bahawa kerajaan akan menilai semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa khususnya di negeri-negeri yang mengalami peningkatan kes-kes positif COVID-19 secara mendadak.
Menurut Muhyiddin melalui satu siaran media yang dikeluarkan hari ini, penilaian semula tersebut adalah bagi memastikan SOP yang sedang berkuat kuasa dan tindakan yang diambil adalah berkesan untuk membendung penularan wabak COVID-19 yang sedang meningkat di dalam dan juga luar negara.
“Kerajaan telah pun menggunakan sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) bagi mengenal pasti kawasan atau premis yang berisiko menyumbang kepada penularan COVID-19. Premis-premis ini akan diarah tutup jika dikesan telah dilawati oleh sejumlah besar mereka yang positif COVID-19.
Pendekatan ini selari dengan keputusan kerajaan untuk mengawal dan membendung penularan jangkitan COVID-19 secara bersasar. Melalui sistem ini, pemantauan dilakukan setiap hari bagi mengenal pasti lokasi-lokasi tumpuan awam yang berisiko tinggi” jelas Muhyiddin.
Beliau turut menyeru agar orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan serta mengelakkan daripada berada di tempat yang sempit dan sesak bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat dari dijangkiti oleh COVID-19 tersebut.
- Build Mental Resilience and Mindfulness to address Mental Health
- Kembara Sains Borneo Siri 2 berjaya dekati Komuniti bagi meningkatkan minat dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi
- Green SM reaches the six millionth ride
- GSM officially launches electric scooter ride-hailing services in Ho Chi Minh City
- Bybit and Max Verstappen Extend Grand Prix Triumph with Unforgettable Fan Celebration in Japan
Leave a comment