28 April 2021 – Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata bahawa peruntukan sebanyak RM70 juta bagi perkara/item Integrasi Data dan Sistem Janji Temu dalam pecahan peruntukan RM5 bilion bagi pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah bagi tujuan integrasi dan pembangunan sistem pengantara. Ia bagi memudahkan proses pendaftaran penerima vaksin serta pemantauan
bekalan vaksin dari penerimaan sehingga selesai vaksinasi dos lengkap di setiap Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Jelas Khairy antara sistem yang akan dibangunkan adalah:
i. pengurusan dan pemantauan pencapaian PICK;
ii. pembangunan dashboard pelaporan harian PICK;
iii. integrasi sistem bagi menghubungkan pangkalan data MySejahtera dengan sistem sedia ada farmasi KKM;
iv. pembangunan sistem Chatbot;
v. pembangunan Laman Portal Pendaftaran Vaksin;
vi. sistem pengesanan pendaftaran dan vaksinasi serta pembangunan perkhidmatan Google Map (tracking system) di dalam MySejahtera;
vii. pembangunan sistem genomic surveillance dan sistem immunisation surveillance;
viii. perolehan sistem pengurusan Queue Mobile untuk PPV;
ix. integrasi sistem pasport digital dalam MySejahtera;
x. sistem pengurusan logistik dan rangkaian penghantaran vaksin;
xi. pengendalian pusat panggilan (call center) berpusat di CITF;
xii. sistem MyVAC (Malaysian Vaccine Support Volunteers) bagi pengurusan mobilisasi sukarelawan dalam pelaksanaan program; dan
xiii. penghantaran SMS dan panggilan telefon bagi peringatan vaksinasi antara 5 hingga 10 kali peringatan bagi setiap orang.
Tambah beliau, sepertimana yang telah beliau nyatakan dalam kenyataan media sebelum ini, jumlah peruntukan keseluruhan RM5 bilion ini termasuklah bagi setiap perkara/item yang disenaraikan adalah had siling yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan (MOF). Katanya lagi, walaupun jumlah akhir perbelanjaan masih belum muktamad tetapi ia tidak boleh melebihi paras siling yang telah ditetapkan.
“Sebagaimana yang semua sedia maklum, PICK merupakan program imunisasi terbesar yang pernah dilaksanakan di Malaysia melibatkan sejumlah 26.5 juta orang atau bersamaan 80% keseluruhan populasi negara. PICK akan berlangsung sepanjang tahun ini yang pastinya memerlukan sejumlah peruntukan yang mencukupi bagi membolehkan ia dilaksanakan dengan sempurna dan tersusun.
Justeru, tidak timbul persoalan yang mendakwa seolah-olah peruntukan yang dibelanjakan adalah tidak berhemah.” ujar Khairy.
- In celebration of the 75th anniversary of the founding of the People’s Republic of China, Sun Hung Kai Properties’ New Town Plaza 40th anniversary celebration ceremony
- Hong Kong Accident Lawyers Launches Comprehensive “Hong Kong Traffic Black Spots Database” to Enhance Road Safety for Drivers and the Public
- Chancay to Shanghai — Alpacas on the Move
- Only 2 hours from Tokyo! Come meet the Niigata Limited Edition Hello Kitty! The Hello Kitty × Hello Niigata Campaign has Begun!
- 2024 China Huangshan Book Fair Opens in Hefei, Marking Several “Firsts”
Leave a comment