Ekonomi @ My LNAMakan @ My LNAPelancongan @ My LNASeni & Budaya @ My LNA

MOTAC anjur Program Iftar 2021@Ramadan secara dalam talian

361

28 April 2021 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan menganjurkan Program Iftar 2021@Ramadan secara dalam talian di Facebook rasmi JKKN, pada 29 dan 30 April 2021 (Khamis dan Jumaat). Program tersebut mula dilaksanakan pada tahun 2012 dengan nama Festival Ramadan dan dijenamakan semula atas nama Iftar@KL pada tahun 2015.

“Uniknya, program iftar ini diadakan secara duduk bersila beralaskan tikar di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh pengunjung termasuk pelancong asing. Namun, pendekatan yang di ambil pada tahun ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya kerana dilaksanakan secara dalam talian dan disiarkan selama dua hari, selaras dengan konsep pengamalan norma baharu.

Iftar 2021@Ramadan Online dianjurkan secara bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Persatuan Cinta Seni Budaya (PERSIDAYA). Turut terlibat ialah Rabbani Production Sdn. Bhd serta rakan penaja iaitu Pasar Raya Gandar dan Natural Scents.” kata MOTAC menerusi satu siaran media yang diedarkan semalam.

Tambah MOTAC, program tersebut bertujuan untuk mengimarahkan dan memakmurkan Ramadan sebagai bulan ibadah dan keprihatinan sesama insan melalui pengisian aktiviti Iftar 2021@Ramadan Online dalam menyemarakkan kebudayaan dan kesenian islam kepada pelancong tempatan dan antarabangsa secara dalam talian.

Antara pengisian sempena program ini adalah seperti Bacaan Al-Quran oleh Ustazah Sharifah Khasif dan Zizi Kirana, Bicara Ramadan oleh Dr. Mohd Izwan bin Mohd Yusof (JAKIM), Ustaz Norzaidan bin Haji Hamad (JAKIM), Ustaz Wan Abdul Halim Bin Md Yusoff (JAWI) dan Dr. Rohaily @ Abd Rahman bin Abd Hamid (JAWI), Ceramah Ramadan oleh PU Azman dan Imam Muda Asyraf, Tayangan Konsert Rohani, Kapsul Ramadan, Laungan Azan oleh Dato’ Jamal Abdillah, Pertandingan Nasyid dan Marhaban Dalam Talian serta Cara Memasak Bubur Lambuk Kampung Baru.

Semalam, satu sidang media telah diadakan dan dihadiri oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri bersama pasukan kerja MOTAC, Jabatan dan Agensi di bawahnya bagi mempromosikan program ini. Terdahulu, Nancy juga sempat meluangkan masa mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR).

“Walaupun negara masih lagi berhadapan dengan pandemik COVID-19, JKKN terus proaktif dalam memastikan semangat bagi membudayakan masyarakat sepanjang bulan Ramadan diteruskan melalui Iftar 2021@Ramadan Online ini,” kata Nancy.

Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai program tersebut, orang ramai boleh melayari laman sesawang JKKN iaitu www.jkkn.gov.my ataupun facebook JKKN melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNAUTAMA

Festival Tarian Singa 2024 semarakkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026

PUTRAJAYA, 22 Julai 2024 – Festival Tarian Singa 2024 akan di adakan...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASeni & Budaya @ My LNA

FesKEP 2024 tampilkan keunikan pelbagai etnik dan budaya masyarakat peribumi

TEMERLOH, 20 Julai 2024 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi...

AMBM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNAUTAMA

Prestasi jumlah kedatangan pelancong antarabangsa adalah baik – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 19 Julai 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...