PUTRAJAYA 27 April 2021 – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) komited untuk mempergiatkan konservasi Tapir Malaya secara in-situ dan ex-situ bagi memastikan kelangsungan spesies unik ini.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, populasi Tapir Malaya yang menjadi salah satu spesies ikonik di Malaysia, semakin terancam kerana kehilangan habitat, fragmentasi hutan, mangsa jerat atau kemalangan jalan raya.
Katanya, sepanjang tempoh 2015 hingga 2020, sebanyak 92 ekor Tapir Malaya telah menjadi mangsa kemalangan jalan raya di Johor, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Terengganu.
Tapir Malaya merupakan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] manakala di peringkat antarabangsa, Tapir Malaya merupakan spesies yang terancam (endangered species) dalam senarai International Union for Conservation of Nature (IUCN) Red List of Threatened Species dan Redlist of Mammals for Peninsular Malaysia 2017.
Bagi meningkat populasi Tapir Malaya di Semenanjung Malaysia, pihak PERHILITAN telah melaksanakan program pembiakan dalam kurungan di Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sungai Dusun, Selangor untuk dilepaskan ke habitat semula jadi.
“Kini terdapat sebanyak 11 ekor Tapir Malaya di PKHL Sungai Dusun dengan purata kelahiran anak seekor setahun”.
“Selain itu, PERHILITAN juga turut mengadakan kerjasama strategik konservasi Tapir Malaya dengan Nagasaki Biopark, Jepun” jelasnya dalam satu kenyataan sempena Hari Tapir Sedunia di sini, hari ini.
Justeru sempena sambutan Hari Tapir Sedunia yang disambut setiap 27 April, beliau menyeru kepada semua pihak supaya berganding bahu memperhebatkan usaha memulihara Tapir Malaya.
“Saya percaya kita dapat bersama memulihara Tapir Malaya untuk generasi masa depan,” katanya lagi.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment