Home MY LNA AM Kita harus dapat bezakan antara kritikan dan penghinaan – Saifuddin
AMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Kita harus dapat bezakan antara kritikan dan penghinaan – Saifuddin

27 April 2021 – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah menolak dakwaan bahawa Kerajaan mengekang pengkritik daripada bersuara. Menurut beliau, Kerajaan dengan jelas menegakkan hak kebebasan bersuara sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Dakwaan bahawa Kerajaan mengekang pengkritik daripada bersuara adalah tidak benar sama sekali. Terdapat kritikan dalam pelbagai bentuk seperti karya satira dan penulisan yang berunsur kritikan terhadap Kerajaan, namun tidak diambil tindakan selama ini. Malah, kritikan seperti ini turut dilaporkan oleh media secara amnya dan dikongsikan dalam media sosial tanpa halangan daripada Kerajaan. Kerajaan juga menerima kritikan secara terbuka dan mengambil berat akan kritikan yang menjurus ke arah kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Namun, kebebasan bersuara ini sama sekali bukan bererti membenarkan pandangan atau hujah berunsur hasutan yang sengaja mencetuskan kekecohan dan penghinaan, apatah lagi menghina Institusi Raja seperti dalam dakwaan beberapa kes baru-baru ini. Kita harus dapat membezakan antara kritikan dan penghinaan. Kita juga tidak boleh mengetepikan tanggungjawab sosial kita dalam masyarakat.” kata Saifuddin menerusi satu kenyataan media yang diedarkan hari ini.

Tambah Saifuddin, etika dan kematangan dalam mengemukakan pandangan dan hujah harus diamalkan oleh kita semua agar bersesuaian demi kepentingan serta kemaslahatan ummah.

“Matlamat komunikasi ummah ini bermaksud menggunakan kebijaksanaan dalam tatacara berkomunikasi untuk memberi pengajaran yang baik, menegur dan mengkritik dengan berhemah serta beradab walaupun berbeza pendapat.

Saya menyeru agar kita semua mendokong prinsip penyatuan dan saling menghormati demi mengekalkan keharmonian serta suasana muhibbah dalam masyarakat.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

AMMY LNAUTAMA

Jumpaan Terkini Arkeologi Di Tapak Candi Bukit Choras, Daerah Yan, Kedah Darul Aman

KEDAH, 22 September 2022 – Jabatan Warisan Negara (JWN), Kementerian Pelancongan, Seni...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Keliru fahami nas agama punca perpecahan ummah

Oleh: Dr. Mohd. Khairul Naim Che Nordin Dalam sejarah Islam, gejala kafir...

AMMY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Ibu Bapa Sebak Terima Skrol Arwah Anak

NILAI – “Kami tetap hadir, biarlah sijil ini menjadi tanda sebuah kenangan...

AMHighlightsMY LNA

Maritim Malaysia lupus dadah bernilai lebih RM27 juta

PORT DICKSON, 21 September 2023 – Dadah seberat 1,301 kilogram bernilai lebih...