26 April 2021 – Program Peningkatan Industri Strategik dan PKS Berprestasi Tinggi (PRESTIGE) : Aerospace Manufacturing Initiative (AMI) yang dilaksanakan oleh SME Corp. Malaysia mampu meningkatkan pertumbuhan dan keupayaan PKS dalam sektor aeroangkasa serta berupaya menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Dato Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata usaha tersebut adalah selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN 2020-2030).
“Sehingga kini, sebanyak 30 PKS telah mengikuti progam ini sejak tahun 2017 dengan jumlah jualan kumulatif PKS yang terlibat di dalam program ini sebanyak RM69.9 juta pada tahun 2019 bersamaan purata pertubuhan pada kadar 23.9 peratus” jelasnya.
Tambah beliau, PKS ini juga telah berjaya memperolehi persijilan sistem pengurusan kualiti (QMS) yang diperlukan di dalam industri aeroangkasa, seperti persijilan AS9100 dan NADCAP bagi memenuhi syarat untuk menjadi pengeluar komponen aeroangkasa global.
“Kejayaan memperolehi sijil tersebut juga mampu meningkatkan keupayaan produktiviti di dalam pengeluaran dengan penambahan adaptasi teknologi, meningkatkan keupayaan kapasiti pengeluaran dengan purata peningkatan sebanyak 120 peratus”.
Beliau berkata demikan ketika merasmikan premis baharu Syarikat Kaizan Aero Manufacturing Sdn. Bhd. (KAMSB) di Puchong, Selangor yang turut dihadiri oleh Dato’ Sri Syed Hussien Al Habshee, Pengerusi SME Corp. Malaysia; Encik Rizal Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia dan Encik Lee Jack Son, Pengarah Kaizan Aero Manufacturing Sdn Bhd.
- OPV1 Uji Kemampuan dalam Eksesais Maritim Perkasa Barat
- Their quality of life depends on their oral health
- Islamofobia penyebab sekatan produk halal di India?
- Reduce stunting in children by empowering mothers
- Abu Dhabi’s Advanced Technology Research Council launches ‘AI71’: New AI Company Pioneering Decentralised Data Control for Companies & Countries
Leave a comment