PUTRAJAYA 26 April 2021 – Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) telah menganjurkan Majlis Barakah Ramadan dengan kolaborasi PUSPANITA Cawangan KKMM bersama-sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Majlis ini bertujuan untuk mendekati dan menyantuni lebih 2,500 petugas barisan hadapan dan pesakit COVID-19 yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Bubur lambuk yang disediakan secara gotong-royong oleh PCKKMM telah diedarkan kepada para petugas dan pesakit di PKRC MAEPS, Serdang.
Dalam majlis itu juga, ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Haslin Baharim yang menyentuh hikmah dalam menghayati kebesaran dan kasih sayang Allah yang tersembunyi di sebalik setiap musibah.
Pihak Jabatan juga mengalu-alukan sumbangan oleh Malaysia Aviation Group iaitu sejumlah 3,500 penutup mata (sleeping mask) bagi kegunaan para pesakit untuk mengelakkan gangguan tidur oleh pencahayaan terutama bagi mereka yang ditempatkan di katil tingkat atas.
Diharapkan agar semua rakyat Malaysia mematuhi SOP yang ditetapkan dan bersama-sama barisan hadapan memerangi COVID-19.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment