AMPelancongan @ My LNASeni & Budaya @ My LNA

Tawaran 20% Kepada Penjawat Awam Untuk Melancong Ke Sabah Dan Labuan – Nancy

121

23 April 2021 – Penjawat awam dan pesara kini boleh menikmati tawaran penginapan dan pakej produk-produk pelancongan menarik untuk kunjungan harian dengan penawaran diskaun harga tiket masuk sehingga 20 peratus.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Dato’ Sri Nancy Shukri berkata Pakej Cuti Penjawat Awam Sabah dan Labuan – Bagus Baini! merupakan usaha untuk menyemarakkan pelancongan domestik dengan memfokuskan pelancongan sekitar daerah di Sabah dan Labuan.

“Sebanyak 88 pakej pelancongan ditawarkan oleh 37 agensi pelancongan, 22 hotel serta 5 produk pelancongan yang mengambil bahagian bagi mempromosikan pakej percutian 2 hari 1 malam, 3 hari 2 malam, dan 4 hari 3 malam, dengan melibatkan hotel bertaraf 5, 4 dan 3 bintang serta hotel bajet di sekitar Kota Kinabalu, Papar, Beaufort, Tambunan, Tenom, Tuaran, Kudat, Kota Marudu, Tamparuli, Ranau, Sandakan, Tawau, Semporna dan Labuan” katanya.

Pakej yang menawarkan tawaran istimewa dengan diskaun eksklusif buat penjawat awam dan pesara serta keluarga ini bertujuan menghargai khidmat bakti mereka ketika negara berhadapan pandemik Covid-19.

Jelas Nancy, program ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan pelancaran Pakej Istimewa Penjawat Awam di Kuala Lumpur, juga anjuran Tourism Malaysia pada 3 September 2020 yang lalu.

Antara produk pelancongan yang tersenarai ialah Mari Mari Cultural Village dan Muzium Lotud di Tuaran, Rumah Terbalik dan 3D Wonder Museum, Walai Tobilung di Kota Marudu dan Rimbun Stingless Bee Farm di Labuan.

Pakej Cuti Penjawat Awam Sabah dan Labuan – Bagus Baini! merupakan kerjasama antara Tourism Malaysia dengan Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Sabah Chapter, Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Sabah Tourist Association (STA), Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA), MASwing dan agensi-agensi pelancongan terlibat serta Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS),

Tambah beliau, kerjasama dengan CUEPACS dilihat sebagai platform terbaik untuk mendekati kumpulan sasaran bagi membantu pemain industri pelancongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Kongres ini merupakan gabungan kesatuan mewakili penjawat awam di Malaysia dengan keahlian seramai 1.2 juta daripada keseluruhan 1.6 juta penjawat awam terdiri daripada pelbagai agensi dan sektor kerajaan”

Penjawat awam boleh yang berminat boleh mendapatkan tawaran pakej ini dengan hanya menggunakan pas pekerja mereka di agensi-agensi pelancongan terpilih.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang Tourism Malaysia https://www.malaysia.travel/deals-packages serta di laman Facebook Tourism Malaysia Sabah dan tempoh sah laku pakej adalah sehingga 31 Disember 2021.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAKomunikasi Digital @ My LNAUTAMA

MCMC gesa hentikan hantaran provokasi

CYBERJAYA, 29 Mac 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak...

AMBM @ MY LNACuaca @ My LNAUTAMA

NADMA laksanakan Operasi Pembenihan Awan di Sabah

SABAH, 28 Mac 2024 – Semalam Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Ramadan dan limpahan barakahnya

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Kedatangan bulan Ramadan sangat ditunggu-tunggu oleh...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...