Home MY LNA Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA Helah Scammer Untuk Mengodam Akaun Peribadi Perbankan Dikesan – SKMM
Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Helah Scammer Untuk Mengodam Akaun Peribadi Perbankan Dikesan – SKMM

Hacker Stealing Data with Binary Data Technology Abstract

23 April 2021 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengesan beberapa helah yang digunakan oleh scammer bagi memperdaya masyarakat di negara agar menyerahkan dokumen peribadi perbankan internet mereka.

Modus operandi yang diguna pakai oleh pihak itu adalah dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) atau melalui aplikasi seperti WhatsApp menyerupai pesanan daripada bank kepada pengguna secara rambang dengan menyatakan berlaku transaksi kewangan mencurigakan.

Helah lain yang turut digunakan adalah menyatakan keperluan untuk pengguna mengesahkan, mengemaskini atau mengaktifkan semula akaun perbankan internet jelas SKMM dalam sebuah kenyataan media.

“Pengguna kemudian diminta melayari pautan laman sesawang palsu yang diberikan atau diminta untuk menghubungi talian hotline palsu yang diberikan.”

Kombinasi dan variasi helah serta modus operandi sama turut digunakan scammer untuk memperdaya dan memperoleh nombor TAC atau One-Time PIN (OTP) daripada pengguna.

Justeru, SKMM menasihati pengguna supaya sentiasa berwaspada apabila menerima SMS atau mana-mana aplikasi pesanan ringkas yang menyerupai pesanan daripada pihak bank.

“Jangan melayari dan memberikan maklumat perbankan di mana-mana laman sesawang dengan alamat URL yang mempunyai perbezaan dan variasi dari segi nama, huruf serta ejaan, berbanding laman perbankan internet sebenar.”

“Selain itu, jangan sesekali menyerahkan nama dan kata laluan perbankan internet, termasuk nombor TAC dan OTP kepada mana-mana pihak melalui SMS atau mana-mana aplikasi pesanan ringkas atau kaedah lain,” katanya.

Pengguna juga boleh menyalurkan segala maklumat dan membuat aduan berhubung perkara itu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) CCID Scam Response Centre di talian 03-26101559 dan 03-26101599 atau SKMM melalui pautan https://aduan.skmm.gov.my, selain e-mel kepada aduanskmm@mcmc.gov.my atau menerusi aplikasi WhatsApp di nombor 016-2206262.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMMY LNAPendidikan @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

MOSTI akan pastikan Malaysia tidak ketandusan Modal Insan dalam Bidang STI

KALABAKAN, 23 September 2023 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan...

MY LNAPendapat @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Menerokai keseronokan dunia sains kesihatan

Tahukah anda kumpulan darah manusia ditentukan dengan kehadiran atau ketiadaan protein pada...

MY LNAPendapat @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Potensi Penggunaan Teknologi Nuklear Dalam Industri

Teknologi nuklear memainkan peranan penting dalam pelbagai sektor sosioekonomi negara, terutamanya dalam...