Fesyen @ My LNA

HATTA DOLMAT MENERIMA PENGIKTIRAFAN DARIPADA ‘MALAYSIA BOOK OF RECORD’ SEBAGAI PEREKA FESYEN PERTAMA DI MALAYSIA YANG MENGHASILKAN KOLEKSI LENGKAP BERASASKAN KELESTARIAN DAN MESRA ALAM

417
Old grey eco drawing paper kraft background texture in soft white light color concept for page wallpaper design, gray rice matte pattern for decorative wall.

Hatta Dolmat merupakan pereka fesyen pertama di Malaysia yang merevolusikan penghasilan pakaian lengkap secara lestari dengan mengambil kira aspek kelestarian alam sekitar dan dengan visi bagi mengurangkan lambakan sisa pepejal plastik dan tekstil di tapak pelupusan sampah. Setelah dinobatkan sebagai salah seorang penerima ‘Successful People in Malaysia’ oleh British Publishing House LTD baru baru ini, beliau kini telah menerima pengikitirafan daripada Malaysia Book Of Record sebagai Pereka Fesyen Pertama yang Menghasilkan Rangkaian Koleksi Lengkap berasaskan Kelestarian di Malaysia. Menurut Hatta, ini merupakan pencapaian tertinggi yang beliau perolehi dan beliau menitipkan rasa syukur dan terima kasih kepada Malaysia Book of Record di atas penganugerahan yang diberikan.

“Pertama kali memperkenalkan koleksi rangkaian aksesori dan beg saya yang diperbuat daripada botol plastik terbuang yang dikitar semula sebagai sebahagian daripada portfolio pada tahun 2020 untuk memenuhi kehendak komuniti dan pengikut saya yang mencari produk tahan lama, mampu milik namun masih premium dan memenuhi keperluan mereka dalam menjalani kehidupan aktif seharian.” kata Hatta Dolmat, Presiden KLYDA dan CEO bagi HATTA DOLMAT DESIGN.

“Selama ini, saya melakukan perbanding tara dan kajian mendalam mengenai harga, kualiti, motif corak dan identiti sesuatu produk dan saya telah mendapat pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana pelanggan saya menggunakan produk Hatta Dolmat. Justeru, ini memberi kesan kepada proses rekaan motif, reka cipta, jahitan, penghasilan dan akhirnya membawa kepada rangkaian koleksi aksesori dan hijab HD Monogram yang premium namun mampu milik. “ tambahnya.

Koleksi aksesori, beg dan hijab yang bernaung di bawah nama jenama Hatta Dolmat kini boleh didapati di laman sesawang rasmi hattadolmat.net, akaun rasmi Shopee Mall Hatta Dolmat Official Store atau melalui agen agen yang terpilih. Hatta juga kini rancak menyediakan rangkaian koleksi terbaru beliau atas hasil kerjasama bersama Malaysia Airport Berhad melalui platform ShopMyAirport.

Hatta Dolmat juga bakal melancarkan koleksi tudung eksklusif dan pelitup muka rekaan khas beliau pada Mei ini hasil kerjasama strategik antara Hatta Dolmat dan Malaysian Green Technology and Climate Change Centre. Hampir 200 botol plastik terbuang telah dikitar semula bagi menghasilkan fabrik untuk koleksi ini.


Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles