CYBERJAYA 16 April 2021 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah berkomunikasi dengan pihak penyedia platform media seperti Facebook, Twitter, dan YouTube untuk menurunkan kandungan penyiaran iklan yang didapati mengajak umat Islam untuk berjudi bagi mendapatkan dana balik kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
SKMM dalam sebuah kenyataan berkata, tindakan itu adalah mengikut terma perkhidmatan serta piawaian komuniti ditetapkan pihak mereka yang berpangkalan di luar negara.
Menurut SKMM lagi, pihaknya sejak 12 Mac lalu menyekat secara laluan pantas (fast-track) dengan kerjasama PDRM untuk mengarahkan penyedia perkhidmatan internet menyekat akses ke atas laman sesawang yang melanggar undang-undang.
“Kegiatan judi dan promosi judi dalam talian adalah tertakluk di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM)”.
SKMM turut menyatakan bahawa kebebasan menyediakan kandungan, penyedia harus mengikuti kod kandungan yang sesuai dengan norma masyarakat Malaysia yang majmuk.
SKKMM menasihatkan kepada pengguna media sosial agar lebih bertanggungjawab dengan melaporkan perkara-perkara sebegini secara terus kepada pihak berkuasa untuk tindakan susulan mereka dan bukannya menyebarluaskan kandungan berkenaan.
“Perbuatan menyebarluaskan kandungan berkenaan hanya akan membantu secara langsung pihak yang terlibat dalam menyebarkan dakyah mereka mempromosikan perjudian dalam talian yang boleh memudaratkan masyarakat Malaysia”.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment