AMPelancongan @ My LNAPolitik @ My LNASeni & Budaya @ My LNA

Datuk Guandee Kohoi dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang baharu

191

16 April 2021 – Datuk Guandee Kohoi telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang baharu berkuatkuasa mulai hari ini. Beliau yang berasal dari Sabah sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada mantan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

“Ini menjadikan beliau tidak asing dalam sektor pelancongan dan kebudayaan.

Pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) yakin pemilihan dan pelantikan YB Datuk Guandee Kohoi akan memperkukuhkan lagi barisan kepimpinan dan pasukan kerja MOTAC yang diterajui oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.

Seluruh warga MOTAC merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada YB Datuk Guandee Kohoi Hoi atas pelantikan ini.” kata MOTAC dalam satu siaran media hari ini.

Terdahulu, jawatan tersebut disandang oleh Presiden Parti STAR Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang kemudiannya meletak jawatan apabila dilantik sebagai timbalan Ketua Menteri II Sabah. Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Parti STARSABAH.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...