AMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

JENDELA: KKMM Beri Tumpuan Kemudahan Internet Di Kawasan Pedalaman

142

PUTRAJAYA 15 April 2021 – Kerajaan terus memberi tumpuan dalam memperluaskan capaian internet terutamanya di kawasan pedalaman bagi menjayakan pembangunan ke arah transformasi digital negara menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan inisiatif MyDIGITAL

Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Dato Saifuddin Abdullah berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang memuktamadkan proses pemberian tender bagi perkhidmatan capaian jalur lebar menerusi satelit untuk 839 lokasi terpencil.

“Lokasi yang terlibat terdiri daripada 178 penempatan Orang Asli di Kelantan, Pahang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Selangor, 138 di pedalaman Sabah dan 523 di pedalaman Sarawak”

Katanya lagi, kawasan-kawasan tersebut terletak jauh dari kemudahan rangkaian telekomunikasi sedia ada dan sebahagiannya sukar dilalui oleh jentera berat disebabkan keadaan bentuk muka bumi.

Usaha di bawah inisiatif JENDELA ini adalah penyelesaian sementara untuk tempoh dua tahun, sebelum infrastruktur kekal dapat dibina bagi penyambungan rangkaian telekomunikasi.

“Projek ini disasarkan siap pada bulan Oktober 2021 dan bakal membolehkan penduduk di lokasi berkenaan menikmati perkhidmatan Wi-Fi secara percuma dengan kelajuan purata 35Mbps” jelas beliau dalam satu kenyataan media.

Pelaksanaan JENDELA bagi tujuan ini amat penting untuk merapatkan jurang digital agar tiada yang ketinggalan dalam arus perubahan dan bagi membolehkan setiap rakyat terlibat dalam ekonomi digital.

Capaian internet yang menyeluruh dan berkualiti dapat membina kemahiran rakyat dalam digital serta menikmati manfaat transformasi pendigitalan ke arah Revolusi Industri 4.0 seiring dengan Wawasan Kemakmuran Bersama menjelang tahun 2030.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...