31 Mac 2021 – Malaysia mementingkan hubungan dan kerjasama dengan Republik Turki, Qatar dan Republik Islam Iran. Ini digambarkan dengan lawatan Timbalan Menteri Luar Negeri Malaysia, Dato’ Kamarudin Jaffar ke tiga-tiga negara tersebut 31 Mac hingga 6 April 2021.
Menurut Kementerian Luar Negeri (KLN) di dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Dato’ Kamarudin Jaffar akan turut disertai oleh pegawai-pegawai daripada Kementerian Luar Negeri.
“Timbalan Menteri Luar Negeri dijadualkan akan mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan sejawatnya dan pihak-pihak berkepentingan di Turki, Qatar dan Iran.
Antara agenda utama yang akan dibincangkan adalah untuk meningkatkan kerjasama erat yang sedia ada, dalam pelbagai bidang termasuk pemulihan pasca pandemik COVID-19, serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.” kata Kementerian.
Lawatan-lawatan ini dikendalikan berdasarkan tatacara-tatacara dan Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19 yang amat ketat seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta pihak-pihak berkuasa kesihatan yang berkaitan di Turki, Qatar dan Iran.
- Malaysia berhasrat anggotai Lembaga Eksekutif United Nations Human Settlement Programme (UN Habitat) bagi Mewakili Rantau Asia Pasifik
- FUZHOU — A City Worth Revisiting Time And Again
- Digital Education For The Digital World
- KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030
- VinFast delivers first VF 9 vehicles to customers in Vietnam
Leave a comment