Home AM KPN – KKM Jalin Kerjasama Menerusi Agenda Nasional Malaysia Sihat
AM

KPN – KKM Jalin Kerjasama Menerusi Agenda Nasional Malaysia Sihat

PUTRAJAYA 31 Mac 2021 – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menandatangani Nota Kerjasama bagi pelaksanaan program dan aktiviti di bawah inisiatif Gaya Hidup Sihat Komuniti Perpaduan – Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) bagi tempoh 2021-2025.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, di bawah kerjasama ini, Komuniti Perpaduan akan berperanan menyebarkan maklumat kesihatan meliputi gaya hidup sihat, keperluan kesihatan komuniti dan mempraktikkan amalan cara hidup dalam norma baharu.

“Kerjasama KPN dan KKM di bawah ANMS akan melibatkan jentera perpaduan yang merangkumi 8,274 Komuniti Rukun Tetangga (KRT) yang terdiri daripada 248,220 keahlian dan sebanyak 5,333 Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang terdiri daripada 111, 993 keahlian”.

Halimah turut menjelaskan, melalui pendekatan Whole of Government and Whole of Society dalam ANMS, kesihatan merupakan satu keutamaan dalam meningkatkan taraf kesihatan optimum rakyat untuk kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif.

Kolaborasi strategik ini merangkumi kerjasama dalam program Advokasi Cegah COVID-19, PPE for Frontliners, Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN), Communication For Behavioural Impact (COMBI), Kenali Ubat Anda, Penjagaan Kesihatan Pergigian (Ikon Gigi), Program PADUKA (Perpaduan dan Keselamatan Makanan) dan Program Tunas Doktor Muda.

Kerjasama yang dipersetujui ini adalah berdasarkan empat teras di bawah ANMS iaitu amalan cara hidup sihat, perkhidmatan kesejahteraan rakyat (wellness), kawalan kendiri kesihatan dan kebersihan persekitaran.

Nota Kerjasama ini ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Wan Suraya Wan Md Radzi manakala Kementerian Kesihatan Malaysia diwakili oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Mohd Shafiq Abdullah.



Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMEkonomiHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

PM hadiri Kenduri MENU RAHMAH

KUALA LUMPUR 20 Mac 2023 – Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri...

AMHighlightsMY LNASains, Teknologi & Komunikasi

MCMC terus pantau kandungan jelik babitkan unsur 3R

CYBERJAYA 19 Mac 2023 – Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),...

AMHighlightsMY LNAPertanianSekuriti Makanan

Mohamad Sabu ke Indonesia, teroka teknologi baru industri padi

PUTRAJAYA 17 Mac 2023 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, B Datuk...