CAMERON HIGHLANDS 27 Mac 2021 – Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof turun padang meninjau dua lokasi di Jalan Persekutuan FT185 bagi memastikan faktor keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya daripada Simpang Pulai, Perak ke Gua Musang, Kelantan terus diberi perhatian.
Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, lokasi pertama adalah lokasi cerun runtuh di Seksyen 44, Jalan Simpang Pulai – Blue Valley di dalam Daerah Kinta, Perak di mana laluan ini juga merupakan laluan pengguna jalan raya yang berulang alik ke Cameron Highlands, Pahang.
“Ketika ini berlaku runtuhan tanah di cerun jalan dengan anggaran kedalaman runtuhan setinggi 250 meter dan sepanjang 600 meter. Bagi memastikan amaran awal diterima, Sistem Amaran Awal (EWS) Tanah Runtuh telah dipasang di sekitar kawasan runtuhan bagi mengesan sebarang runtuhan susulan. Sistem EWS ini menggunakan dua Robotics Total Station (RTS) dan 27 prisma.
Usaha pembaikan jangka masa panjang terus dilaksanakan yang kini memasuki peringkat perancangan rekabentuk. Konsep “Contiguous Bored Pile Wall” dirancang untuk digunakan bagi pembaikan cerun ini. Peruntukan kerja pembaikan cerun yang diterima pada tahun ini adalah sebanyak RM8 juta melalui Rolling Plan 1, RMK-12. Kos anggaran keseluruhan pembaikan adalah RM127 juta dan baki peruntukan akan diterima bermula tahun hadapan.” kata KKR.
Lokasi kedua pula adalah lokasi jalan rosak akibat kejadian banjir lumpur yang berlaku pada 3 Januari 2021 di Seksyen 60 hingga Seksyen 62 FT185 di Lojing, Kelantan.
“Kesan bencana tersebut, lima buah jambatan di lokasi turut terjejas. Laluan masih boleh diakses oleh pengguna namun beberapa lokasi berlaku lencongan sementara.
Pembaikan menyeluruh melibatkan jalan, jambatan, cerun, perabut jalan, lampu jalan perlu dilaksanakan di masa hadapan bagi mengelakkan perkara sama daripada berulang. Kos jangka masa panjang ini dianggarkan sebanyak RM5.8 juta.” jelas KKR.
Menurut KKR lagi, tinjauan turut dilakukan di beberapa kawasan di Cameron Highlands, Pahang iaitu lokasi Cadangan Projek Jalan Pintas di Kuala Terla dan Blue Valley. Jelas KKR, Projek Jalan Pintasan ini dicadangkan kerana kapasiti sedia ada (Laluan FT059) dari Ringlet ke Blue Valley tidak boleh menampung keperluan trafik akibat aktiviti perniagaan dan pelancongan yang semakin bercambah di sepanjang laluan.
“Kajian Kesesakan Lalulintas Cameron Highlands, Pahang dijangka siap pada Oktober 2021 bagi mendapatkan penyelesaian terbaik mengambil kira aspek teknikal, ekonomi, sosial dan alam sekitar. KKR sedar, faktor alam sekitar di kawasan bercerun dan berlandskapkan tanah tinggi boleh mengundang risiko terutamanya sewaktu hujan lebat.
Justeru pemantauan lokasi seperti ini terus dilaksanakan secara berkala bagi mencari penyelesaian terbaik dalam memastikan keselamatan dan keselesaan rakyat yang menggunakan jalan raya persekutuan terjamin.” kata KKR.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment