KUALA LUMPUR 26 Mac 2021 – Semalam 55 orang peniaga Pasar Datuk Keramat yang terlibat dalam kebakaran pada 17 Mac 2021 menerima sumbangan berjumlah RM82,500 daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC). Sumbangan itu disampaikan oleh Menterinya Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar kepada Datuk Haji Mohamad bin Abdullah, Yang Dipertua Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan semasa membuat tinjauan di tempat kejadian.
Menurut Dr. Wan Junaidi, atas dasar prihatin dan tanggungjawab, MEDAC menyalurkan sumbangan ini bagi membantu mangsa yang telah hilang mata pencarian dan punca rezeki untuk kembali meneruskan perniagaan mereka.
“Ianya diharap dapat meringankan sedikit beban mereka dan keluarga terlibat yang masih bergelut untuk bangkit daripada pandemik COVID-19, dan lebih hiba lagi kejadian berlaku ketika hampir menjelang Ramadhan dan Syawal” katanya di Pasar Datuk Keramat semalam.
Tambah beliau, agensi-agensi MEDAC yang lain seperti SME Corp Malaysia, Tekun, Bank Rakyat dan SME Bank akan melihat keperluan bagi membantu mangsa membangunkan semula perniagaan mereka.
“Mereka juga boleh berhubung terus dengan pihak agensi bagi mendapatkan bantuan yang diperlukan” ujarnya.
- Malaysia berhasrat anggotai Lembaga Eksekutif United Nations Human Settlement Programme (UN Habitat) bagi Mewakili Rantau Asia Pasifik
- FUZHOU — A City Worth Revisiting Time And Again
- Digital Education For The Digital World
- KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030
- VinFast delivers first VF 9 vehicles to customers in Vietnam
Leave a comment