13 Mac 2021 – Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan bahawa Kementeriannya akan mengkaji semula Program Reimagining Malaysia Electricity Supply Industry (MESI 2.0) dengan memberikan penekanan kepada aspek yang lebih mesra rakyat dan tentunya memberikan fokus kepada persediaan industri bekalan elektrik negara untuk menghadapi cabaran daripada kemunculan teknologi-teknologi disruptif khususnya yang melibatkan sumber Tenaga Boleh Baharu seperti solar.
Menurut Dr. Shamsul Anuar, cadangan asal MESI 2.0 yang diluluskan pada 2019 untuk mengubah struktur industri bekalan elektrik sebenarnya memberikan kesan besar kepada pengguna bekalan elektrik di Semenanjung Malaysia. Maka kajian semula perlu dibuat.
“Keadaan ini penting supaya ia selari dengan keutamaan kerajaan yang memberikan tumpuan untuk memulihkan ekonomi negara kesan Pendemik Covid 19 serta meletakkan keutamaan kepada kesejahteraan dan kepentingan rakyat.
Mengambil kira situasi dan cabaran baru kesan Covid 19, realitinya terdapat keperluan mendesak untuk kita pastikan industri bekalan elektrik negara dapat mendepani cabaan masa hadapan atau bersifat future-proof dan berdaya harap dalam menghadapi cabaran terkini yang bersifat disruptif tanpa mengubah struktur industri sedia ada.” katanya.
Justeru bagi memastikan pelaksanaan MESI 2.0 tidak akan membebankan pengguna, mesra rakyat dan tidak menambahkan bebanan kewangan Kerajaan dalam jangka masa panjang, satu kajian semula perlu dibuat.
“Jadi pihak Suruhanjaya Tenaga ( ST ) yang diberikan tanggungjawab membuat kajian mesti memastikan apa yang akan dilaksanakan kelak adalah selaras dengan hasrat Kerajaan yang memberikan penekanan kepada perkara yang memberikan kebaikan kepada negara dan rakyat.” katanya.
- Tsim Sha Tsui Ranked the World’s Fourth Most Expensive Shopping Street
- 2024 Triggers First-Ever Insurance Payout for Disaster Fund
- Oil market dynamics and future trends with global broker Octa
- Relive the Golden Era of Canto Pop: DF Reunion Concert Brings the Magic Back
- The power of television in bridging borders, families, and generations
Leave a comment