AMCOVID-19 @ My LNA

Ordinan Baharu Bagi Membentras Berita Palsu – Takiyuddin

116

PUTRAJAYA 12 Mac 2021 – Kerajaan tidak akan bertoleransi terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu sehingga menyebabkan ketakutan, panik atau kegusaran kepada orang awam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Kerajaan telah mewartakan satu ordinan baharu berkuatkuasa hari ini khusus untuk memerangi aktiviti penghasilan dan penyebaran berita tidak benar bagi menjamin kestabilan negara.

Ordinan tersebut dikenali sebagai Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No 2) 2021. Ordinan berkenaan mengambil kira dua perkara asas iaitu berita tidak benar mengenai Covid-19 dan Proklamasi Darurat.

“Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(No.2) 2021 ini akan mempercepatkan proses penguatkuasaan, penyiasatan dan pendakwaan. Manakala prosiding di Mahkamah kekal seperti sedia ada di mana prosedur di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] di mahkamah dikekalkan” ujar beliau.

Takiyuddin turut berkata Tindakan kerajaan mendapatkan pengisytiharan darurat kerana telah hilang majoriti di di Dewan Rakyat melanggar ordinan darurat berkenaan adalah berita palsu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya oleh wartawan berkenaan kerajaan mendapatkan pengisytiharan darurat kerana kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen.

Pihak Kerajaan melalui PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sangat komited dalam perkara menangani penyebaran berita palsu, di mana tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan kandungan, khabar angin atau berita yang tidak sahih, tanpa mengira latar belakang.

Jelas beliau lagi, dalam Perkara 4 (1),ordinan tersebut telah mewartakan bahawa mana-mana penghasilan berita palsu sehingga menimbulkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebih RM100,000 atau denda tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Sehingga 12 Mac 2021, sebanyak 287 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM dan SKMM berhubung berita palsu berkaitan Covid-19. Daripada jumlah ini, sebanyak 113 masih dalam siasatan, manakala 51 kes telah didakwa di mahkamah, 30 didapati bersalah, 20 dalam proses perbicaraan dan 12 diberikan notis amaran” jelas beliau dalam sidang media Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No 2) di Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau turut menegaskan di bawah ordinan ini, tujuan menyebarkan berita palsu mesti dibuktikan terlebih dahulu sebelum tertuduh boleh disabit bersalah. Ordinan ini juga turut terpakai kepada warga negara asing jika didapati bersalah melakukan sebarang kesalahan di bawah ordinan ini.



Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...