Home AM Buku Panduan Rukun Tetangga Dilancarkan Bagi Pemantapan KRT di Seluruh Negara
AM

Buku Panduan Rukun Tetangga Dilancarkan Bagi Pemantapan KRT di Seluruh Negara

PUTRAJAYA 9 Mac 2021 – Kementerian Perpaduan Negara telah melancarkan Buku Panduan Pengurusan dan Pentadbiran Rukun Tetangga bagi memantap dan memperkukuh kecekapan tadbir urus Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Halimah binti Mohamed Sadique menjelaskan bahawa buku tersebut diterbitkan sebagai garis panduan kepada KRT dalam mengurus pentadbiran serta program di setiap kawasan masing-masing agar perjalanannya lebih bersistematik dan terancang.

“Kini, terdapat sebanyak 8,274 KRT di seluruh negara dengan jumlah keahlian seramai 248,220 orang serta terdapat 5,333 Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) yang berdaftar dibawah KRT di seluruh negara sehingga hari ini” kata Halimah.

Terdahulu, Kementerian telah melancarkan Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga dan Empat Agenda Kerja Baharu KRT (Krt4all) pada 28 Februari lalu yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memastikan peranan KRT terus relevan dalam komuniti masyarakat di Malaysia.

“Pelan pemerkasaan ini merangkumi pengenalan Modul Gerak Kerja Komuniti Rukun Tetangga yang lebih komprehensif dan inklusif dengan melibatkan kerjasama strategik kementerian dengan agensi awam, swasta dan NGO” jelas beliau.

Kementerian turut menggalakkan penyertaan golongan belia khususnya untuk terlibat secara aktif dalam KRT dan SRS. Dalam majlis yang sama, beliau turut melancarkan logo dan ves baharu bagi kegunaan SRS dalam majlis di Putrajaya hari ini.



Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPendidikan

CEO@Faculty bukti kolaborasi industri-akademia yang berhasil

Oleh: Dr Syed Bahari Ramadzan Syed Adnan Bidang industri dan akademik merupakan...

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNA

Tindakan RISDA bagi membantu pekebun kecil getah hadapi cuaca panas

Sorotan Video Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji...

Alam SekitarAMESGMY LNA

Empat Fokus Utama Malaysia menjadi tarikan utama Negara Anggota Un-Habitat ke arah mencapai Agenda Mampan 2030

NAIROBI, KENYA, 8 Jun 2023 – Penyertaan Malaysia ke Persidangan United Nations...