PUTRAJAYA 8 Mac 2021 – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyokong penuh usaha penubuhan Majlis Pimpinan Politik Wanita Malaysia atau Council of Malaysia Women Political Leaders (COMWEL).
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin menyatakan sokongan terhadap usaha COMWEL dalam memperkasakan peranan dan keutamaan wanita dalam pembangunan negara dengan keseimbangan gender dalam setiap perwakilan.
“Selain daripada penekanan kepada peruntukan yang lebih mesra wanita, setiap pembangunan dan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan mestilah peka terhadap isu dan keperluan wanita di Malaysia” ujar beliau.
Beliau turut memaklumkan bahawa pihak MEDAC telah menubuhkan Jawatankuasa Induk Keusahawanan Wanita (JIKW) bagi memperkasa keusahawanan wanita dan mewujudkan sinergi yang lebih bersepadu dengan sokongan dan kerjasama pelbagai pihak termasuk Kementerian, Agensi Kerajaan, Koperasi dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
“Usaha ini merupakan agenda yang holistik dan perlu diperjuangkan secara sistematik agar matlamatnya dapat dicapai dalam mengiktiraf peranan wanita dalam pembangunan negara” jelas beliau lagi.
COMWEL merupakan satu pertubuhan yang bergerak melangkaui batasan politik dan dianggotai oleh pemimpin wanita daripada pelbagai latar belakang politik, agama dan bangsa. Keanggotaan COMWEL adalah terbuka kepada semua wanita termasuk pemimpin wanita daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), perkhidmatan awam dan sektor swasta.
Majlis pelancaran COMWEL telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dalam sebuah majlis di Klang semalam.
- JELAJAH FTROADPEDIA ZON SELATAN 2.0 (HARI PERTAMA)
- Merombak Fungsi LTAT dalam projek berkos tinggi seperti LCS
- PENGISYTIHARAN MALAYSIA REPROGRAPHIC RIGHTS CENTRE BERHAD (MARC) SEBAGAI ORGANISASI PENGURUSAN KOLEKTIF MEWAKILI KARYA SASTERA, SENI, IMEJ DAN ILUSTRASI
- Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 5 sen mulai hari ini hingga 24 Ogos 2022
- COVID-19 : Jumlah kes baharu terus menurun