26 Februari 2021 – Susulan dari dakwaan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa Pakatan Harapan (PH) sewaktu menjadi kerajaan dahulu telah mengangkat dan menjulang anggota Komunis melalui isi kandungan buku teks KSSM Sejarah Tingkatan 4, mantan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik membuat kenyataan bahawa beliau mengarahkan peguam untuk menghantar surat tuntutan kepada Dr Asyraf di atas kenyataan fitnah yang dikeluarkan.
“Saya telah mendapat nasihat daripada peguam saya dan mengarahkan peguam saya untuk menghantar surat tuntutan kepada Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi di atas kenyataan fitnah yang dikeluarkan.
Saya memberi arahan kepada peguam supaya surat tersebut menuntut Dr Asyraf Wajdi membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar pampasan kerana memfitnah.
Budaya politik fitnah jahat ini perlu dihentikan kerana ia sedikit pun tidak menguntungkan rakyat.” kata Dr. Maszlee dalam satu kenyataan yang dimuat naik di halaman Facebook rasminya hari ini.
- In celebration of the 75th anniversary of the founding of the People’s Republic of China, Sun Hung Kai Properties’ New Town Plaza 40th anniversary celebration ceremony
- Hong Kong Accident Lawyers Launches Comprehensive “Hong Kong Traffic Black Spots Database” to Enhance Road Safety for Drivers and the Public
- Chancay to Shanghai — Alpacas on the Move
- Only 2 hours from Tokyo! Come meet the Niigata Limited Edition Hello Kitty! The Hello Kitty × Hello Niigata Campaign has Begun!
- 2024 China Huangshan Book Fair Opens in Hefei, Marking Several “Firsts”
Tambah Ahli Parlimen Simpang Renggam itu, sepatutnya sekarang ahli politik perlu fokus dalam membantu rakyat dan memulakan budaya politik khidmat, bukan mencari salah, menuduh dan menfitnah sesuka hati.
“Saya harap tindakan ini menyedarkan semua pihak, tidak kira dari parti mana, budaya fitnah jahat berunsur perkauman perlu segera dihentikan, apatah lagi ia melibatkan pendidikan negara, pendidikan anak-anak kita.
Sebarang perkembangan terkini, akan saya maklumkan.” katanya.
Pada Rabu, Dr Asyraf telah mengeluarkan kenyataan mendesak agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) segera menarik balik buku teks KSSM Sejarah Tingkatan 4 dan memperbetulkan kembali fakta-fakta yang pada dakwaan beliau cuba dimanipulasi bagi merubah sejarah negara.
Dakwa beliau terdapat unsur-unsur fakta yang dimanipulasikan dengan mengagung-agungkan pihak komunis sebagai pejuang kemerdekaan dalam silibus dan sukatan buku teks tersebut. Katanya lagi, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terdahulu di mana ketika itu Dr. Maszlee berkhidmat sebagai Menteri Pendidikan telah mengangkat dan menjulang anggota Komunis dan MPAJA sebagai perwira dan pejuang kemerdekaan yang wajar diberikan pengiktirafan.
Susulan daripada isu ini, semalam KPM telah mengeluarkan kenyataan bahawa buku teks Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sejarah Tingkatan 4 telah mematuhi semua proses penerbitan bagi menjamin kualiti buku teks, termasuk ketepatan fakta.
Leave a comment