25 Februari 2021 – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) pada hari ini mengumumkan bahawa seluruh Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan beroperasi mulai 1 Mac 2021 termasuk di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor.
Menurut KEMAS di dalam satu siaran media yang diedarkan hari ini, ia adalah susulan pengumuman pengoperasian semula semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara bersemuka yang melibatkan murid-murid PraSekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 bermula 01 Mac 2021.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
“Sehubungan itu, seluruh Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan turut beroperasi mulai 1 Mac 2021 termasuk Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor.
Pembukaan operasi TABIKA dan TASKA adalah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dipersetujui antara Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).” kata KEMAS.
KEMAS turut berharap ibubapa tidak khuatir untuk menghantar anak-anak mereka kerana 10,517 orang Pendidik Masyarakat TABIKA dan 1,790 orang Pendidik Masyarakat TASKA KEMAS telah diberi panduan berkaitan pematuhan SOP yang telah dikeluarkan sebelum ini.
Leave a comment