25 Februari 2021 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada hari memaklumkan bahawa menerusi Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) pihaknya akan melaksanakan pengambilan pelajar bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bidang pengkhususan Bahasa Tamil bagi kemasukan September 2021.

Menurut KPM melalui satu kenyataan media hari ini, Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bidang Bahasa Tamil tidak ditawarkan bagi tahun ini kerana terdapat lebihan guru dalam mata pelajaran Bahasa Tamil di sekolah menengah.
- Prince Holding Group and CanCham Explore Synergies for Future Partnerships in Cambodia
- Skyborn Renewables appoints Stine Würtz Jepsen as CHRO
- Get Ready for the Summer’s Hottest Sale With iShopChangi
- Alibaba Cloud Debuts Its Sustainability Solution at i Light Singapore 2023
- Happy Rainy Days Announces Launch of the Perfectly Functional Umbrella
“Walau bagaimanapun, unjuran KPM mendapati terdapat keperluan guru Bahasa Tamil di sekolah rendah menjelang tahun 2026. Bagi mengisi keperluan ini, KPM menerusi Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan melaksanakan pengambilan pelajar bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bidang pengkhususan Bahasa Tamil bagi kemasukan September 2021.
KPM sentiasa memastikan penawaran tempat untuk sebarang program pengajian dibuat supaya bekalan guru memenuhi unjuran bidang keperluan KPM. Langkah ini juga bagi mengelak lambakan guru dan ketidakpadanan opsyen mata pelajaran.”kata KPM.
Pada 19 Februari 2021 lepas, KPM telah membuat hebahan penawaran program biasiswa ISMP yang akan dibuka secara dalam talian bermula 1 hingga 31 Mac 2021. Biasiswa ISMP ditawarkan sejak tahun 2012 (kecuali tahun 2017) kepada pelajar cemerlang di universiti awam yang sedang mengikuti pengajian pendidikan tahun pertama atau kedua dalam bidang tertentu. Pelajar ini kemudiannya akan dilantik menjadi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan ditempatkan di sekolah menengah KPM.
Maklumat lanjut berkenaan Biasiswa ISMP tersebut boleh di dapati di https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/tawaran-biasiswa-perguruan-persekutuan-program-ijazah-sarjana-muda-pendidikan-ismp-di-universiti-awam-tahun-2021
Leave a comment