PUTRAJAYA 24 Februari 2021 – Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah selamat menjalani proses vaksinasi COVID-19 pada hari ini. Beliau menerima suntikan vaksin COVID-19 oleh vaksinator, Lina Ibrahim, Ketua Jururawat Kesihatan, PKD Putrajaya.
Ini diikuti oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang menerima suntikan vaksin COVID-19 daripada vaksinator yang juga Jururawat Kesihatan Klinik Kesihatan Presint 9, Mazirah Mokhtar.
Manakala empat petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadi antara penerima awal vaksin COVID-19 bersama-sama Muhyiddin Yassin dan Dr Noor Hisham Abdullah.
Mereka adalah Clement A/L Marai Francis, pemandu di PKD Putrajaya, Khairul Asraf Mohd Yasin, Penolong Pegawai Perubatan di PKD Putrajaya, Dr Tan Yee Ling, Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Presint 9 dan Sheilla Mellisa Sikin, Jururawat di Klinik Kesihatan Presint 9.
Dalam pada itu, Menteri Penyelaras Program Imunisai COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata dengan bermulanya PICK ini, sebanyak 532 buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang beroperasi dalam Fasa 1 akan mula melaksanakan proses vaksinasi secara berperingkat.
- Dusit International strengthens Philippines presence with two new hotels in Mindanao
- Chuangxinzhong, a Wholly-Owned Subsidiary of Yeahka, Accelerates AI Marketing with Rapid Growth in 2024 Performance
- RedRay MGA Pte Ltd – the first exclusive Healthcare MGA in Asia
- Arrow Electronics Teams Up with Asosiasi Startup for Industry Indonesia to Support Tech Startups
- Gensler Honoured for Leadership in Sustainability with Dual Wins at 2024 ACES Awards
“Buat masa ini, tidak semua PPV telah menerima vaksin mereka memandangkan jumlah dos vaksin yang telah kita terima daripada pembekal masih lagi terhad.
Jumlah ini akan meningkat dari semasa ke semasa mengikut jadual penghantaran yang telah saya umumkan sebelum ini.” katanya.
Mengulas mengenai isu yang heboh di media sosial menyatakan bahawa hanya pengguna Apple sahaja boleh mendaftar untuk vaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera, Khairy berkata bahawa ia adalah tidak benar.
“Kita sebenarnya telah menghantar permohonan mengemaskini aplikasi MySejahtera untuk kesemua sistem operasi (OS) talian bimbit pada waktu yang sama, tetapi platform-platform ini mengambil tempoh masa yang berbeza-beza untuk memaparkan perubahan yang telah dibuat di platform masing-masing.
Setakat jam 2.45 petang hari tadi, sejumlah 465,081 pendaftaran telahpun diterima.
Jadi kepada sesiapa yang belum lagi memuat turun aplikasi atau update MySejahtera, anda bolehlah berbuat sedemikan selepas ini. Setelah anda berjaya mengemaskini aplikasi MySejahtera, logo Vaksinasi COVID-19 akan terpapar dan seterusnya ikut sahaja arahan yang dinyatakan. Secara ringkasnya, anda perlu mengesahkan maklumat anda, kemudiannya menjawap beberapa soalan yang berkaitan dengan kesihatan anda dan seterusnya, tekan butang hantar.” kata Khairy.
Leave a comment