24 Februari 2021 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada hari ini memaklumkan bahawa murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah. Kebenaran ini diberi mulai 1 Mac hingga 26 Mac 2021.
Menurut KPM dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini, KPM menerima banyak pertanyaan daripada ibu bapa tentang peraturan pemakaian pakaian seragam sekolah apabila sesi persekolahan dibuka kelak.
“Untuk makluman, murid perlu memakai pakaian seragam sekolah untuk hadir ke sekolah seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983: Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah.
Namun begitu, mengambil kira keadaan semasa, KPM ingin memaklumkan bahawa murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah.” kata KPM.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Mengulas lanjut, KPM berkata bahawa kebenaran ini diberi mulai 1 Mac hingga 26 Mac 2021, iaitu sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan tahun 2021.
“KPM berharap kebenaran ini akan membolehkan semua murid kembali hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka.
KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.” ujar KPM.
Pada 19 Februari 2021 lepas, KPM telah mengumumkan tarikh pembukaan sekolah untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Mac 2021.
Pengumuman tersebut mengundang pelbagai reaksi terutamanya daripada para ibu bapa dari golongan B40 yang berasa terbeban untuk berbelanja membeli pakaian seragam setelah mereka berbelanja membeli peranti yang sesuai bagi pembelajaran anak-anak secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) yang dilaksanakan ketika ini.
Leave a comment