AMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Kelangsungan penggiat industri kreatif dibela

82

9 Februari 2021 – Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Dato’ Saifuddin Abdullah memaklumkan bahawa Majlis Keselamatan Negara telah menerima prosedur operasi standard (SOP) untuk industri kreatif yang ditambah baik dengan mengambil kira cadangan dan pandangan yang dikemukakan oleh pemain dan penggiat industri kreatif kepada Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Hasilnya Kerajaan telah membenarkan operasi produksi animasi dan muzik, pasca-produksi di studio, pembangunan muzik secara digital, rakaman lagu di studio, pra-produksi penggambaran dan aktiviti penggambaran di studio tanpa penonton mulai 10 Februari 2021.

“Bagi tujuan ini, syarikat produksi perlu memohon kelulusan Sijil Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas) untuk kebenaran aktiviti penggambaran dalam studio tanpa penonton daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui pautan www.finas.gov.my/english-permohonan-sijil-perakuan-penggambaran-filem-khas-spp-khas/. Saringan ujian COVID-19 perlu dilakukan bagi semua tenaga produksi yang terlibat dan keputusan ujian perlu dikemukakan kepada FINAS tiga hari sebelum tarikh penggambaran. Pemantauan berkala juga akan dilaksanakan di lokasi penggambaran oleh penguatkuasa FINAS bagi memastikan pematuhan SOP tidak dikompromi.

Manakala aktiviti penggambaran di luar studio (outdoor) termasuk penganjuran acara langsung dan juga tayangan di pawagam, SOP sedang diperincikan dan akan dibentangkan dalam masa terdekat.

Perincian SOP ini boleh didapati di laman web Majlis Keselamatan Negara (www.mkn.gov.my) dan KKMM (www.kkmm.gov.my)” kata Saifuddin melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata syarikat produksi perlu memohon kelulusan Sijil Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas) untuk kebenaran aktiviti penggambaran dalam studio tanpa penonton daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui pautan www.finas.gov.my/english-permohonan-sijil-perakuan-penggambaran-filem-khas-spp-khas/.

“Saringan ujian COVID-19 perlu dilakukan bagi semua tenaga produksi yang terlibat dan keputusan ujian perlu dikemukakan kepada FINAS tiga hari sebelum tarikh penggambaran. Pemantauan berkala juga akan dilaksanakan di lokasi penggambaran oleh penguatkuasa FINAS bagi memastikan pematuhan SOP tidak dikompromi.

Manakala aktiviti penggambaran di luar studio (outdoor) termasuk penganjuran acara langsung dan juga tayangan di pawagam, SOP sedang diperincikan dan akan dibentangkan dalam masa terdekat.” tambah beliau.

Kata Saifuddin lagi, Kementeriannya berharap agar penambahbaikan kepada SOP industri kreatif akan dapat membantu penggiat bidang ini untuk terus berkarya demi kelangsungan sumber pendapatan masing-masing.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...