Home MY LNA AM Kontraktor Utama projek Axon Bukit Bintang patuhi SOP sepenuhnya
AMCOVID-19niaga

Kontraktor Utama projek Axon Bukit Bintang patuhi SOP sepenuhnya

KUALA LUMPUR 6 Februari 2021 – Hasil daripada lawatan pemeriksaan ke tapak pembinaan yang diadakan baru-baru ini mendapati syarikat kontraktor Kerjaya Prospek (M) Sdn. Bhd. mengambil berat tentang pematuhan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446). Penempatan untuk para pekerja binaan tersebut juga telah mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Menurut Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) syarikat tersebut yang merupakan Kontraktor Utama projek Axon Bukit Bintang, menggunakan konsep pembinaan modular untuk penempatan pekerja yang boleh disesuaikan dengan jumlah pekerja, saiz dan lokasi projek pembinaan yang dijalankan.

“Penempatan sementara tersebut juga dilengkapi dengan tandas, pengaliran dan pengudaraan yang selesa dan mengikut spesifikasi. Penempatan sementara ini dibina di dalam tapak pembinaan bagi mengurangkan pergerakan pekerja keluar dan masuk ke tapak bina dan mengurangkan risiko penularan COVID-19.” kata KKR dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Pada Jumaat, Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof bersama-sama Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Datuk Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid, Pengarah CIDB Wilayah Persekutuan, Zainora Zainal dan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Che Mohd Rokman Bin Che Awang telah mengadakan lawatan pemeriksaan mengejut ke tiga buah tapak pembinaan bagi meninjau tempat penginapan pekerja dan pematuhan SOP di dalam tempoh pelaksanaan PKP.

Hasil daripada pemeriksaan tersebut mendapati hanya syarikat kontraktor Kerjaya Prospek (M) Sdn. Bhd. mematuhi SOP sepenuhnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah tanpa menyakiti

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Islam merupakan agama yang damai...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Jiwa suci asas rohani Islami

Oleh: Dr. Khairulnizam Mat Karim Arus kemodenan dunia yang semakin menggila kini...

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

Persefahaman Serantau diteruskan untuk Pengukuhan Kerjasama Keselamatan Maritim

PUTRAJAYA, 23 November – Pertemuan dengan beberapa wakil kedutaan melalui siri kunjungan...