AMCOVID-19 @ My LNAEkonomi @ My LNANiaga @ My LNA

Go Digital Asean : bertujuan melatih 15,000 belia dan perusahaan mikro, kecil, sederhana di seluruh negara, dengan 50% wanita

130

PUTRAJAYA 25 Januari 2021 – The Asia Foundation akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Penyelaras ASEAN untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (ACCMSME) untuk melatih sehingga 200,000 orang dari kawasan luar bandar dan masyarakat yang kurang berkemampuan. Ia menerima sokongan geran bernilai USD $3.3 juta daripada badan filantropi Google, Google.org.

Menurut Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui satu siaran media yang dikeluarkan hari ini, fokus program ini adalah untuk menutup jurang digital di seluruh ASEAN, selaras dengan visi yang ditetapkan oleh Agenda Tindakan ACCMSME berdasarkan Digitalisasi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana ASEAN melalui Pembangunan Kapasiti.

“Di Malaysia, rakan pelaksana terpilih, International Youth Center dan Startup Malaysia, akan menggunakan sebahagian daripada dana tersebut untuk menghasilkan modul latihan literasi digital dengan tujuan untuk melatih 15,000 belia dan pengusaha mikro, kecil dan sederhana (PKS), dengan 50% daripadanya adalah wanita.

Latihan akan tertumpu pada kemahiran seperti membuat profil dalam talian di platform rangkaian profesional, menjalankan perniagaan dalam talian melalui media sosial, dan menggunakan portal pekerjaan untuk meningkatkan kebolehkerjaan.” kata MEDAC.

Tambah MEDAC, berdasarkan hasil tinjauan Post-COVID-19 yang dilakukan pada bulan Ogos 2020, lebih banyak yang perlu dilakukan oleh PKS dari segi usaha digitalisasi agar Malaysia menjadi sebahagian daripada ekonomi digital yang sedang berkembang.

“Dari 2,118 responden perniagaan, 45.76% telah mengadopsi e-dagang manakala hanya 19.02% yang menggunakan teknologi dan digitalisasi. Selanjutnya, Kajian Indeks Kesediaan Digital Maxis bertarikh 23 November 2020 juga melaporkan bahawa hanya purata 42% PKS yang bersedia untuk digitalisasi.

Kejayaan kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam melaksanakan integrasi digital ini di rantau ini akan membantu merapatkan jurang literasi digital dan boleh membawa peluang dan ganjaran baru bagi PKS di Malaysia dan ASEAN.” ujar MEDAC.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...