Home AM Perubahan Definisi Umur Warga Emas antara cadangan dikemukakan ketika Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara (MPPWEN)
AMWanita

Perubahan Definisi Umur Warga Emas antara cadangan dikemukakan ketika Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara (MPPWEN)

PUTRAJAYA 17 Disember 2020 – Beberapa buah cadangan telah dikemukakan sewaktu berlangsungnya Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara (MPPWEN) yang berlangsung pada hari ini. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi satu siaran media yang dikeluarkan pada hari ini, antara cadangan yang dikemukakan adalah :

i. Pelaksanaan Time Bank Volunteering Scheme Untuk Warga Emas di Malaysia oleh Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), Jabatan Perangkaan Malaysia;

ii. Perubahan Definisi Umur Warga Emas Daripada 60 Tahun Kepada 65 Tahun oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);

iii. Status Private Aged Healthcare Facilities and Services Act 2018 (PAHFAS) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan

iv. Kajian dan Penggubalan Akta Pemaju Perumahan Persaraan oleh Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

“Kerajaan turut prihatin kepada keperluan warga emas dan dalam Belanjawan 2021, Kerajaan telah meluluskan kenaikan Kadar Bantuan Orang Tua (BOT) daripada RM350 kepada RM500, kenaikan Bantuan Kewangan Tahunan Pengendalian Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dari RM33,330.00 kepada RM50,000.00 bagi memperkasakan PAWE.

Selain itu, di bawah Program Khidmat Bantu Di Rumah, nilai saguhati kepada Sukarelawan turut dinaikkan daripada RM 150.00 kepada RM400.00 dan nilai saguhati kepada klien turut dinaikkan daripada RM30.00 kepada RM80.00″ kata KPWKM.

Tambah Kementerian, beberapa inisiatif secara tidak langsung juga akan diberikan kepada warga emas yang antaranya termasuklah Had Pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa juga akan dinaikkan dari RM5,000 kepada RM8,000.

“Selain itu, majikan yang menggajikan warga emas juga akan mendapat potongan cukai tambahan sehingga Tahun 2025.

Sistem Pendaftaran dan Pemetaan Warga Emas iaitu Sistem eWe juga telah
dibangunkan oleh JKM bagi mengenalpasti demografi, kemahiran, kepakaran dan keperluan warga emas. Sistem ini juga merupakan Pangkalan Data bagi melihat keperluan bekerja semula dan minat warga emas sebagai persediaan ke arah Negara Tua pada tahun 2030.” kata KPWKM.

Dalam pada itu, Menteri KPWKM berharap agar Majlis Penasihat ini akan terus diperkasa dan menjadi platform kepada Kerajaan bagi memenuhi hasrat dalam memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada semua warga emas di Malaysia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPendidikan

CEO@Faculty bukti kolaborasi industri-akademia yang berhasil

Oleh: Dr Syed Bahari Ramadzan Syed Adnan Bidang industri dan akademik merupakan...

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNA

Tindakan RISDA bagi membantu pekebun kecil getah hadapi cuaca panas

Sorotan Video Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji...

Alam SekitarAMESGMY LNA

Empat Fokus Utama Malaysia menjadi tarikan utama Negara Anggota Un-Habitat ke arah mencapai Agenda Mampan 2030

NAIROBI, KENYA, 8 Jun 2023 – Penyertaan Malaysia ke Persidangan United Nations...