AMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Pelaksanaan JENDELA capai sasaran ditetapkan bagi 2020

74

17 Disember 2020 – Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Saifuddin Abdullah berkata bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang berlangsung hari ini melaporkan bahawa pelaksanaan JENDELA yang bermula sejak tiga (3) bulan lalu telah mencapai sasaran yang ditetapkan pada tahun 2020.

“Sebagai contoh, ketersediaan sambungan jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi telah berjaya melebihi sasaran yang ditetapkan. Laporan penuh Suku Tahunan JENDELA yang pertama sedang dimuktamadkan dan bakal diumumkan pada 18 Disember 2020.

Saya menyambut baik pelaksanaan projek-projek telekomunikasi di bawah inisiatif ini, terutamanya dalam usaha mengukuhkan kualiti pengalaman perkhidmatan jalur lebar di seluruh negara susulan permintaan yang melonjak secara mendadak semasa negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19.” kata Saifuddin melalui satu siaran media yang diedarkan hari ini.

Katanya lagi, JENDELA membawa aspirasi peningkatan liputan dan pengukuhan infrastruktur kesalinghubungan negara yang mampan dan inklusif kepada 96.9% kawasan berpenduduk di seluruh negara selain mengukuhkan infrastruktur telekomunikasi secara menyeluruh sebagai asas kukuh untuk pengenalan teknologi 5G dalam memacu pertumbuhan ekonomi digital negara.

“Pelaksanaan JENDELA adalah hasil dari perancangan dan pengawasan terperinci yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama erat pemain-pemain industri. Pelaksanaan JENDELA bagi tahun 2021 akan dilaksanakan dengan lebih agresif untuk terus menambahbaik pengalaman penggunaan jalur lebar di seluruh negara demi mengadaptasi norma baharu dan menggerakkan ekonomi digital.

Perancangan untuk membina lebih banyak menara baharu akan terus dipergiatkan bagi meluaskan liputan rangkaian jalur lebar dan mempertingkatkan kualiti pengalaman kepada masyarakat, terutamanya di kawasan luar bandar. Kelancaran proses pembinaan menara baharu banyak bergantung kepada hemat kerajaan-kerajaan negeri untuk menyegerakan prosedur kelulusan dan rintangan birokrasi. Justeru, kerjasama semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan serta kerajaan-kerajaan negeri amat diperlukan agar masyarakat luar bandar tidak menanti terlalu lama sehingga terpaksa memanjat pokok, terjatuh daripada jambatan, berkhemah di hutan dan sebagainya untuk mendapatkan liputan internet yang lebih baik.” kata Saifuddin.

Tambah beliau, kerajaan pusat melalui pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan bulan lalu telah pun mengumumkan bahawa perkhidmatan telekomunikasi diiktiraf sebagai utiliti ketiga yang wajib disediakan dalam setiap rancangan pemajuan dan pembangunan.

“Saya yakin JENDELA bakal menjadi komponen penting dalam usaha membawa kemakmuran kepada negara dan semua lapisan masyarakat. Kami di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan terus memantau perkembangan inisiatif ini secara dekat bagi memastikan aspirasi JENDELA direalisasikan demi kesejahteraan rakyat Malaysia.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...