AMOKU @ My LNA

KKMM tubuhkan Unit Komunikasi OKU, lantik penterjemah bahasa isyarat sebagai PTTK – Saifuddin Abdullah

139

3 Disember 2020 – Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Saifuddin Abdullah pada hari ini mengumumkan bahawa sempena Hari Orang Kurang Upaya (OKU) yang disambut hari ini, sebuah Unit Komunikasi OKU akan ditubuhkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan akan diketuai oleh seorang daripada kalangan warga OKU.

Di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Saifuddin berkata bahawa Kerajaan sentiasa berpegang kepada prinsip inklusiviti dengan memastikan tiada sesiapa yang terpinggir termasuklah golongan OKU di mana mereka adalah antara golongan penting masyarakat yang mempunyai peranan dan memberi sumbangan besar dalam pembangunan negara.

“Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga 31 Oktober 2020, jumlah OKU yang telah berdaftar dengan JKM melalui Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) adalah seramai 581,265 orang. Walau bagaimanapun, statistik ini masih jauh lebih rendah berbanding dengan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menganggarkan 15% daripada rakyat sesebuah negara terdiri daripada warga OKU, maka jumlah warga OKU di Malaysia sebenarnya adalah jauh lebih besar daripada statistik yang ada hari ini.

Sehubungan dengan itu, kita harus melipatgandakan usaha untuk bukan sahaja memahami, tetapi juga menghargai warga OKU sebagai sebahagian daripada keluarga besar kita.” kata Saifuddin.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata salah satu daripada usaha tersebut adalah untuk meningkatkan fasilitasi komunikasi dua hala di mana penyampaian maklumat dan maklum balas khususnya dengan warga OKU diperkasakan dengan meningkatkan penglibatan mereka dalam proses ini.

“Justeru, sempena Hari OKU, sebuah Unit Komunikasi OKU akan ditubuhkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan akan diketuai oleh seorang daripada kalangan warga OKU.

Di samping itu, saya juga akan melantik seorang penterjemah bahasa isyarat iaitu Encik Mohamad Nazrul Azwa bin Zulkipply sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas bagi memudahcara dan melancarkan lagi usaha komunikasi ini secara berterusan.” umum Saifuddin.

Tambah beliau KKMM akan turut berusaha untuk melaksanakan kaedah komunikasi yang lebih mesra OKU, antaranya penggunaan bahasa isyarat, sari kata dan suara latar (voice over) dalam penyampaian maklumat dan penyediaan kandungan.

“Dengan penubuhan Unit dan pelantikan ini, saya yakin Kerajaan melalui KKMM akan terus memperkasakan komunikasi dengan rakyat termasuk warga OKU agar sentiasa seiring dan bersama-sama mengecapi kemakmuran negara.” ujar Saifuddin.

Pada hari ini, Hari Orang Kurang Upaya Peringkat Kebangsaan disambut dengan mengamalkan norma baharu memandangkan negara masih berjuang dalam memutuskan rangkaian penularan wabak Covid-19. Tema “MEMBINA KESEJAHTERAAN OKU: MENDEPANI CABARAN” telah dipilih sebagai tema Hari Orang Kurang Upaya Tahun 2020 selari dengan tema Hari Orang Kurang Upaya Peringkat Antarabangsa iaitu “Building Back Better: Toward a disability-inclusive, accessible and sustainable post COVID-19 World”.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...