AM

Kementerian Perpaduan Negara tandatangani MoU bersama BSN dan AKPK, tingkatkan kesejahteraan sosial komuniti

182

3 Disember 2020 – Kementerian Perpaduan Negara pada hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Kementerian diwakili oleh Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Wan Suraya Wan Md Radzi. Manakala BSN diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi, Encik Kameel Abdul Halim dan AKPK diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Encik Azaddin Ngah Tasir. Majlis tersebut dijalankan secara atas talian sejajar dengan pembudayaan norma baharu mencegah penularan wabak Covid-19.

Menurut Kementerian melalui satu kenyataan media hari ini, inisiatif kerjasama tersebut akan membantu komuniti jentera perpaduan untuk menambahbaik kualiti kehidupan melalui pengurusan kewangan dan kredit yang teratur serta memberi pendedahan mengenai kepentingan pengurusan kewangan dan kredit.

Sementara itu Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata bahawa kerjasama ini akan dapat meningkatkan kesejahteraan sosial dalam komuniti dan dilaksanakan melalui tiga (3) kaedah utama iaitu khidmat nasihat kewangan, penyediaan ekosistem pengurusan kredit bagi golongan yang terjejas serta pemerkasaan modal sosial.

“Program kerjasama bersama AKPK dan BSN ini menyasarkan secara khusus kepada jentera perpaduan Kementerian terutama Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Tabika Perpaduan, Taska Genius Perpaduan dan Sekretariat Rukun Negara di seluruh negara.” kata beliau.

Mengulas lanjut. Kementerian berkata bahawa antara program yang telah dirangka adalah Program “DUIT for BABY” dan modul-modul pembelajaran seperti “Hemah Bicara Hemat Belanja, Ringgit Dijaga Keluarga Sejahtera” dan “Ringgit Sentap Kasi Mantap.”

“Program jangka panjang berbentuk “Customised Solution” bagi jentera perpaduan juga sedang dirangka bagi menyediakan pendekatan secara komprehensif merangkumi pelbagai lapisan umur penerima manfaat.” ujar Kementerian.

Sebelum ini Kementerian Perpaduan Negara telah menandatangani Memorandum Persefahaman bersama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi pembangunan Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) dan kajian Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) dan juga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi menjalankan kajian-kajian penyelidikan berhubung perpaduan negara dan integrasi nasional dan juga bersama Yayasan Perpaduan Negara bagi menjalankan program-program komuniti berteraskan perpaduan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...