AMOKU @ My LNA

Hari OKU 2020 disambut dengan amalkan norma baharu

188

2 Disember 2020 – Sambutan Hari Orang Kurang Upaya pada tahun ini dilaksanakan dengan mengamalkan norma baharu memandangkan negara masih berjuang dalam memutuskan rangkaian penularan wabak Covid-19.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Hari Orang Kurang Upaya Peringkat Kebangsaan telah disambut sejak tahun 1994 dan pelbagai aktiviti dan program telah dianjurkan bagi mengiktiraf sumbangan dan komitmen golongan orang kurang upaya (OKU).

“Pada tahun ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah memilih tema “MEMBINA KESEJAHTERAAN OKU: MENDEPANI CABARAN” sebagai tema Hari Orang Kurang Upaya Tahun 2020 selari dengan tema Hari Orang Kurang Upaya Peringkat Antarabangsa iaitu “Building Back Better: Toward a disability-inclusive, accessible and sustainable post COVID-19 World”.

Pada tahun ini, Anugerah Ibu Bapa Mithali OKU telah diberikan kepada pasangan Puan Suhaila binti Abdul Manap dan Encik Zulkifly bin Samsudin sebagai penghargaan kepada ibu bapa yang cekal dan tabah dalam menjaga, melindungi, dan mendidik anak OKU. Pasangan ini menerima wang tunai berjumlah RM5,000.00 dan sijil penghargaan daripada KPWKM” kata JKM.

Tambah JKM, seramai empat (4) majikan telah terpilih menerima Anugerah Majikan Prihatin (Swasta) iaitu Mc.Donalds Malaysia (Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd), AEON CO. (M) BHD, Uniqlo (Malaysia) Sdn Bhd dan Mydin Mohamed Holdings Berhad atas penghargaan kepada majikan yang menggaji OKU melalui perkhidmatan Job Coach melebihi 1% daripada jumlah keseluruhan pekerja.

Kata JKM, usaha murni ini wajar dijadikan contoh kepada majikan-majikan lain dalam mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan OKU. Kesemua Anugerah ini telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga Oktober 2020, jumlah OKU yang berdaftar dengan JKM melalui Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) adalah seramai 581,265 orang. Pelbagai inisiatif dan usaha dijalankan bagi memastikan kelangsungan hidup OKU dalam waktu yang mencabar ini.

“Di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA), lebih 190,000 OKU yang menerima bantuan JKM telah menerima bantuan one-off sebanyak RM300 dengan peruntukan sebanyak RM57 juta. Sewaktu Pembentangan Belanjawan 2021, aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan OKU turut terserlah dengan penyediaan peruntukan dan pelbagai insiatif untuk golongan OKU. Antaranya adalah kenaikan kadar bantuan, had pelepasan cukai bagi pasangan OKU, pas perjalanan tren komuter tanpa had serta pelbagai kemudahan bagi mengurangkan beban mereka.

Golongan OKU sangat memerlukan bantuan daripada kita semua untuk meneruskan dan memajukan diri mereka ke tahap yang lebih baik lagi. Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita berganding bahu dan bersama-sama menggerakkan usaha membantu golongan OKU untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. Selamat menyambut Hari Orang Kurang Upaya Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 bertemakan “Membina Kesejahteraan OKU: Mendepani Cabaran”. ujar JKM.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...