Pendidikan @ My LNA

Semua sekolah di negeri Kelantan, Pahang, Perlis dan Sarawak akan turut ditutup bermula 9 November 2020 – Dr. Radzi Jidin

73

8 November 2020 – Menteri Pendidikan Dr. Radzi Jidin pada hari ini mengumumkan bahawa semua sekolah di negeri Kelantan, Pahang, Perlis dan Sarawak akan turut ditutup bermula pada 9 November 2020 sehingga ke hari akhir persekolahan tahun ini iaitu pada 17 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan A dan 18 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan B. Menurut beliau Langkah ini diambil bagi membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian penularan jangkitan wabak COVID-19.

Menurut Dr. Radzi melalui sidang media yang diadakan pada hari ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil maklum pengumuman oleh Menteri Kanan Pertahanan pada 7 November 2020 berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) melibatkan seluruh negeri di Semenanjung Malaysia kecuali negeri Kelantan, Pahang dan Perlis di mana perintah tersebut bermula bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020. Manakala PKPB di Sabah, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan turut dilanjutkan sehingga tarikh tersebut.

“Oleh yang demikian, KPM telah memutuskan bahawa semua sekolah di negeri Kelantan, Pahang, Perlis dan Sarawak akan turut ditutup bermula pada 9 November 2020 sehingga ke hari akhir persekolahan tahun ini iaitu pada 17 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan A dan 18 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan B. Langkah ini diambil bagi membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian penularan jangkitan wabak COVID-19.

Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pengajaran dan pembelajaran akan tetap diteruskan secara Home-based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid. Pentadbir sekolah perlu memastikan guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah. Di sepanjang tempoh ini juga, guru perlu kekal berada di stesen tempat bertugas masing-masing.” jelas Dr. Radzi.

Berhubung dengan murid yang tinggal di asrama, Menteri Pendidikan tersebut berkata bahawa ibu bapa atau penjaga perlu mengambil mereka untuk pulang ke rumah masing-masing.

“Walau bagaimanapun, murid boleh terus kekal berada di asrama sementara menunggu untuk diambil oleh ibu bapa atau penjaga. Di sepanjang tempoh tersebut, murid akan berada di bawah pengawasan warden asrama. Keperluan makan dan minum murid sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah.” kata beliau.

Dr. Radzi turut menyeru kepada semua warga KPM, ibu bapa dan penjaga agar terus mematuhi arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung penularan wabak COVID-19.

“Marilah kita doakan agar keadaan kembali pulih dan pembelajaran anak-anak kita untuk sesi akan datang dapat diteruskan dalam keadaan selamat.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNA

SMK Kota Masai raikan bakal haji, tanam kebersamaan dalam ramadhan

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi PASIR GUDANG – Pengetua, Saridah Abdul...

AMBM @ MY LNAKomuniti @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

UM santuni komuniti muallaf dan asnaf di pedalaman Sabah

Program khidmat bakti yang diadakan oleh mahasiswa Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya...