AM

Penubuhan semula JASA dianggotai pasukan yang tidak bermotifkan politik – KKMM

159

8 November 2020 – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pada hari ni memberi jaminan bahawa penubuhan semula JASA akan dianggotai oleh pasukan yang tidak langsung bermotifkan politik. Sebaliknya ia bertujuan untuk memperkukuhkan sahsiah dan pembangunan sosial masyarakat berbilang bangsa.

KKMM yang diberi tanggungjawab untuk menerajui penubuhan semula JASA memahami keresahan rakyat terhadap fungsi-fungsi JASA sebelum ini yang mungkin tidak dilaksanakan sebagaimana ditetapkan semasa pentadbiran terdahulu. Tambah KKMM, JASA bertindak sebagai agensi penyebaran maklumat dan komunikasi secara tersusun, strategik dan bersasar mengikut keperluan segmen masyararakat di semua lapisan.

“Tanggungjawab ini adalah amat penting dan kritikal lebih-lebih lagi ketika negara sedang menghadapi krisis pandemik COVID-19 sepertimana sekarang.

Penyebaran berita-berita palsu yang memecah belahkan keharmonian masyarakat juga merupakan antara cabaran besar yang dihadapi oleh masyarakat majmuk kita hari ini. JASA sebagai agensi Kerajaan yang mendukung prinsip-prinsip Rukun Negara juga berperanan untuk mewujudkan sebuah negara bangsa yang bersatu padu melalui penyebaran maklumat yang tepat dan sahih kepada masyarakat.” jelas KKMM melalui satu kenyataan media yang diedarkan hari ini.

Menurut KKMM lagi, di dalam konteks tersebut, JASA telah dijenamakan semula bertepatan fungsinya kini di mana agensi tersebut akan melaksanakan pengambilan pegawai dan kakitangan yang berkelayakan dan latihan untuk melahirkan pengamal komunikasi berkemahiran terutamanya dalam komunikasi media sosial dan digital bagi menyebarluaskan maklumat-maklumat penting dalam usaha mendidik dan membudayakan norma baharu dalam kalangan masyarakat.

“Ini adalah amat penting dilaksanakan segera. Segala usaha ini juga akan terus menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan rakyat demi negara, selari dengan Belanjawan 2021 bertemakan Teguh Kita, Menang Bersama ketika kita berjuang membebaskan negara daripada situasi pandemik ini.

Peruntukan JASA dalam belanjawan ini bertujuan bagi pengambilan lebih ramai kakitangan untuk ditempatkan di semua negeri dan daerah seluruh negara, pembangunan modul dan latihan kompetensi kakitangan, serta melengkapkan keperluan prasarana digital untuk menyebarkan maklumat dalam pelbagai bentuk komunikasi agar dapat disampaikan secara berkesan kepada semua lapisan masyarakat hingga ke peringkat akar umbi. Selain itu, ianya juga melibatkan kos operasi bagi menggerakkan kakitangan khususnya di kawasan-kawasan yang jauh dan terpencil seluruh negara serta kos-kos lain yang diperlukan dalam penubuhan sebuah agensi baharu.” kata KKMM.

KKMM turut menambah bahawa segala perbelanjaan adalah tertakluk kepada peraturan kewangan kerajaan yang akan diaudit. Sehubungan dengan itu, peruntukan yang disediakan oleh kerajaan kepada JASA sudah pasti akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk melaksanakan fungsi dan peranan agensi berkenaan dengan berkesan.

“Peruntukan ini juga secara langsung akan memberi peluang pekerjaan di samping menggiatkan ekonomi yang memberi manfaat kepada pihak penyedia perkhidmatan dan pekerja secara keseluruhannya.” jamin KKMM.

Peruntukan sebanyak RM85.5 juta (RM4 juta dibawah belanjawan komunikasi strategi dan peruntukan kedua berjumlah RM81.5 juta dibawah dasar baru) bagi menghidupkan semula agensi tersebut telah mengundang pelbagai reaksi dari pihak pembangkang dan juga dari beberapa tokoh parti UMNO. Kedua-dua pihak mendesak agar Kerajaan memberikan penjelasan terhadap jumlah peruntukan itu yang dilihat sebagai terlalu banyak dan tidak wajar terutamanya di kala negara sedang bertarung dengan pandemik COVID-19.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...