AMCOVID-19 @ My LNA

Hari Pertama Deepavali, Kementerian Perpaduan Negara pantau pematuhan SOP

108

Putrajaya, 14 November 2020 – Selari dengan SOP Deepavali di Kuil dan di Rumah Kediaman semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Kementerian Perpaduan Negara bersama agensi pelaksana yang lain seperti PDRM dan RELA telah menjalankan pemantauan di Negeri dan Daerah seluruh negara pada hari pertama Deepavali bagi memastikan pematuhan SOP tersebut. Pemantauan tersebut dijalankan oleh Pegawai-pegawai Perpaduan Negeri dan Daerah yang telah dilantik sebagai Pegawai Pemantau di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

“Hasil pemantauan mendapati bahawa kesemua kuil-kuil yang dipantau mematuhi SOP yang telah diluluskan. SOP yang disediakan ini mengambil kira semua aspek keselamatan dan keperluan menjalankan upacara agama sempena sambutan Deepavali ini dan pematuhan amat ditekankan.

SOP Deepavali telah menetapkan upacara sembahyang adalah dibenarkan di kuil-kuil dengan kapasiti 30 orang penganut pada satu-satu masa diselang seli dengan kerja-kerja sanitasi selama 30 minit sebelum sesi sembahyang bermula dan selepas sesi sembahyang berakhir.

SOP ini juga membenarkan sebanyak lima (5) sesi sembahyang dijalankan oleh setiap kuil bermula dari 7 pagi hingga 12 tengah hari mengikut jadual yang ditetapkan.” jelas Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Tambah beliau, hasil pemantauan juga mendapati kuil-kuil turut mempamerkan poster pematuhan SOP dan pembudayaan norma baharu di samping menyediakan poster QR Code dan alat pemeriksa suhu badan.

Kementerian Perpaduan Negara turut menasihati semua pihak agar mematuhi segala garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan dan sentiasa memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter, mengelakkan daripada 3C iaitu bersesak, ruang rapat/tertutup dan juga perbualan dalam jarak yang dekat. Di samping itu elakkan juga bersalaman ataupun berhimpun, sentiasa membasuh tangan atau menggunakan pencuci tangan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...