AMEkonomi @ My LNANiaga @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

DETF komited jayakan transformasi digital

88

PUTRAJAYA 5 Oktober 2020 – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Pasukan Petugas Ekonomi Digital (DETF) telah bekerjasama dalam menerajui usaha-usaha memulih dan merangsang sektor-sektor ekonomi negara yang terjejas akibat COVID-19 dan ia mampu dipercepatkan melalui pemacuan Ekonomi Digital.

“Mesyuarat DETF bilangan kedua telah diadakan pada 1 Oktober 2020 dan dipengerusikan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Pandemik COVID-19 telah mencetuskan norma baharu dan menyaksikan rakyat dan industri beralih kepada teknologi digital dalam meneruskan aktiviti harian dan ekonomi.

DETF memberi fokus kepada empat teras utama iaitu memperkasakan rakyat; melonjakkan perniagaan; merangsang ekonomi dan pemboleh daya dengan 15 aliran kerja (workstream) bagi menjayakan agenda ekonomi digital dalam negara. Mesyuarat kali ini telah memberi tumpuan kepada lima aliran kerja yang memerlukan intervensi termasuk isu, status pelaksanaan dan cadangan penambahbaikan aktiviti iaitu Platform Teknologi dan Infrastruktur Digital; Pendigitalan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS); Ekonomi-Gig; Pembelajaran Digital.” kata MOSTI melalui satu kenyataan media yang diedarkan hari ini.

Menurut MOSTI lagi, melalui perancangan DETF, Kerajaan akan memperluas liputan rangkaian dan meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar di seluruh Malaysia melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi melengkapkan infrastruktur digital negara.

“Lebih banyak menara baharu akan dibina, pemancar sedia ada akan dinaik taraf kepada 4G dan liputan talian tetap gentian optik diperluaskan antara hujung 2020 hingga 2022 nanti. JENDELA juga bakal mempersiapkan negara untuk beralih kepada teknologi 5G selari dengan misi untuk menyediakan infrastruktur digital yang berdaya tahan supaya dapat dimanfaatkan oleh pelbagai lapisan masyarakat serta perniagaan.

Kerajaan juga berusaha mewujudkan generasi celik digital bermula di sekolah dan komited untuk melengkapkan sekolah dengan capaian internet bagi membolehkan pelaksanaan pembelajaran secara digital. Setakat ini, 10,066 sekolah telah mempunyai capaian internet, manakala baki 141 sekolah kategori unserved (tiada capaian internet) akan dibekalkan capaian Very Small Aperture Terminal (VSAT) berkelajuan 30Mbps menjelang Disember 2020.” kata MOSTI lagi.

Berkenaan dengan rakyat yang terlibat dalam ekonomi gig, Kerajaan adalah prihatin dengan mereka dan sedang menggandakan usaha untuk menarik lebih ramai pekerja gig untuk berdaftar dengan PENJANAGig (https://gig.perkeso.gov.my) sebagai jaminan keselamatan sosial dan kebajikan pekerja selain menggalakkan pendigitalan PKS supaya kekal berdaya tahan dan berdaya saing.

“Bagi menyokong usaha pendigitalan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah menganjurkan Sidang Kemuncak Digital PKS (SME Digital Summit) pada bulan lalu dan berjaya menarik lebih sejuta penyertaan PKS dalam talian dan kempen PENJANA Shop Malaysia Online yang memanfaatkan rakyat dan perniagaan. DETF juga menyarankan supaya keutamaan diberikan kepada penggunaan teknologi keluaran syarikat tempatan oleh Kerajaan dan industri dalam usaha pendigitalan negara.

KKMM dan MOSTI melalui DETF akan bersama-sama menerajui usaha-usaha memacu ekonomi digital sebagai agenda nasional dalam mewujudkan banyak peluang dan faedah kepada industri, PKS dan masyarakat umumnya.” jelas MOSTI.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...