AMNiaga @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

MYHACKATON 2020 pastikan rakyat menerima bantuan segera

66

KUALA LUMPUR, 3 OKTOBER 2020 – Inovator, jurutera perisian, pakar subjek, dan rakyat Malaysia yang prihatin dipelawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menyertai MYHackathon 2020 yang bertujuan membantu meningkatkan penyampaian Kerajaan dan perkhidmatan awam.

Menurut Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) melalui satu siaran media yang dikeluarkanhari ini, MYHackathon 2020 merupakan sebuah acara hackathon nasional yang dianjurkan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk bersama-sama mencipta penyelesaian digital bagi tujuan tersebut.

“Acara MYHacktahon 2020 ini diterajui oleh Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) dan disokong oleh Pusat Inovasi & Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), University Makers (UniMAKER), dan Unifi di bawah Telekom Malaysia sebagai rakan telekomunikasi rasmi. MYHackathon 2020 akan dianjurkan sebanyak enam pusingan di lokasi yang berlainan di seluruh Malaysia. Setiap lokasi akan mengetengahkan tema tertentu dan set pernyataan masalah yang berkaitan bagi memaksimumkan nilai dan impak. Pernyataan masalah telah dikenal pasti pada semua peringkat kerajaan dari persekutuan, negeri dan tempatan/daerah dan dikategorikan di bawah enam tema – Prihatin Rakyat, Rakyat Sihat Sejahtera, Ilmu Pelita Hidup, Bina Negara, Nilai Keluarga Asas Pembangunan dan Rakyat Produktif.

Tema bagi MYHackathon 2020 pusingan KL ialah Prihatin Rakyat yang memberikan fokus kepada penyelesaian digital bagi menyalurkan bantuan segera kepada golongan yang memerlukan, kurang upaya, miskin bandar, dan warga emas, termasuk pendaftaran dalam talian, pengurusan pendaftaran, pengesahan dan pemantauan bantuan kerajaan; pengeluaran bantuan kewangan/bukan kewangan atau bantuan kepada penerima yang layak; pendaftaran dalam talian, pengurusan pendaftaran, pengesahan, kemudahan dan pemantauan bagi orang kurang upaya (OKU); Identiti Digital Nasional; dan untuk warganegara mendapatkan akses maklumat dan perkhidmatan untuk Gerbang Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan (GOSG). Objektifnya adalah untuk memastikan kumpulan sasaran dan penerima mendapat bantuan tepat pada masanya.” kata Cradle.

Dalam pada itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan hari ini berkata, program hackathon ini dilancarkan untuk menyediakan ruang bagi menyelesaikan pernyataan masalah yang berpaksikan rakyat.

“Di bawah PENJANA, kerajaan memberi tumpuan kepada tiga teras utama iaitu Memperkasakan Rakyat, Melonjakkan Perniagaan dan Merangsang Ekonomi. Berdasarkan hasil kajian di seluruh negara yang dijalankan oleh MAMPU, kami telah mengenal pasti lebih dari 100 pernyataan masalah berdasarkan situasi kehidupan sebenar semua lapisan masyarakat dan isu-isu yang mempengaruhi mereka. MYHackathon 2020 menyokong teras-teras di bawah PENJANA dan berusaha menangani permasalahan-permasalahan tersebut menerusi digitalisasi penyampaian perkhidmatan awam utama kerajaan. Para pemenang akan berpeluang memainkan peranan penting dalam merintis pendigitalan Kerajaan.” katanya.

MYHackathon 2020 terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  • SPRINT – peserta diberi peluang untuk menyertai secara suka-suka (join for fun) dan jika idea mereka terpilih, mereka tidak perlu memberikan komitmen untuk 12 bulan seterusnya bagi mencari penyelesaian.
  • MARATHON – para peserta menyertai dengan hasrat untuk menyelesaikan pernyataan-pernyataan masalah kerajaan dan sekiranya mereka dipilih sebagai pemenang, mereka perlu membangunkan idea penyelesaian ke peringkat projek rintis dalam tempoh sehingga 12 bulan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle Puan Rafiza Ghazali MYHackathon 2020 menyediakan ekosistem untuk ‘technopreneur’ permulaan dan yang sedia ada untuk mendapat pendedahan, dan dipupuk serta berkembang dengan sokongan dari kementerian dan agensi yang mengambil bahagian.

“Ini memberikan peluang kepada rakyat yang prihatin dengan isu-isu negara untuk terlibat dan menyumbang. Mereka yang berumur 18 tahun ke atas boleh berkolaborasi dalam pasukan 2 hingga 5 orang dan menyertai secara suka-suka bagi menyuarakan idea mereka atau dengan memberi komitmen jangka masa panjang.” jelas Rafiza.

Pada setiap pusingan hackathon, pemenang pertama, kedua dan ketiga kategori SPRINT akan menerima hadiah wang tunai RM10,000, RM7,500, RM5,000 serta hadiah menarik. Sementara, tiga pemenang kategori MARATHON pula akan menerima geran bersyarat sehingga RM250,000 untuk menjalankan projek rintis. Secara keseluruhan, program ini akan menghasilkan 36 pasukan pemenang untuk enam pusingan hackathon di bawah keduadua kategori.

“Setiap pusingan MYHackathon 2020 akan berlangsung selama 15 hari dengan para peserta menjalani beberapa proses saringan, sesi bimbingan umum, ‘bootcamp’ dan hari pembentangan atau ‘pitching’ untuk melayakkan diri sebagai pemenang. MYHackathon akan dijalankan secara dalam talian sebagai langkah pencegahan COVID-19 kecuali pada hari pertama yang merangkumi pelancaran dan bimbingan umum, ‘bootcamp’ (Hari ke-14), dan hari pembentangan (Hari ke-15).

Pusingan pertama di Kuala Lumpur ini menyaksikan penyertaan 191 pasukan dalam talian dan 91 pasukan fizikal, dengan 141 orang yang hadir secara fizikal dari 91 pasukan ini. Pusingan MYHackathon 2020 seterusnya akan diadakan di Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Pulau Pinang sebelum kemuncaknya, peringkat akhir ‘Battle of the Best’ yang akan diadakan di Cyberjaya pada bulan Disember.” ujar Cradle.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Legacy Credit Muncul sebagai Pemegang Saham Besar dalam VCI Global

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Legacy Credit Sdn Bhd Legacy Credit Sdn Bhd (“Legacy Credit”...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNAUTAMA

Shopee Mengukuhkan Keyakinan Pembeli dengan Program Jaminan Tepat Waktu

KUALA LUMPUR, 22 April 2024 – Kajian pasaran ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan...