AM

Fasa Peralihan Monsun : ribut petir dijangka landa pantai barat Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak

151

22 September 2020 – Permulaan fasa peralihan monsun yang dijangka akan berlaku pada 24 September 2020 menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 18 Mei 2020. Fasa ini dijangka akan berterusan sehingga awal November 2020 dan di dalam tempoh ini langit biasanya cerah pada waktu pagi dan kawasan di rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai hala yang kondusif untuk pembentukan awan ribut petir pada sebelah petang.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melalui satu siaran media yang dikeluarkan semalam, semasa fasa peralihan monsun, keadaan cuaca yang lazim berlaku adalah ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta kawasan barat dan tengah Sarawak.

“Ribut petir menyumbangkan jumlah hujan bulanan yang tinggi terutamanya di negeri-negeri pantai barat Semenanjung dan keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan struktur yang tidak kukuh.

Walau bagaimanapun, taburan hujan di semua negeri dijangka berada pada paras purata pada sepanjang tempoh peralihan monsun ini.

Saya juga menyarankan kepada orang ramai supaya mengelak daripada berada di kawasan lapang dan menjauhi struktur yang tidak kukuh serta tidak menyentuh objek besi, barang atau kabel elektrik semasa berlakunya ribut petir” ujar beliau.

Maklumat dan ramalan cuaca terkini boleh diperoleh melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, media sosial, RakanMET dan Hotline Jabatan Meteorologi Malaysia.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...