Home AM SUHAKAM seru Malaysia sertai ICPPED
AM

SUHAKAM seru Malaysia sertai ICPPED

30 Ogos 2020 – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada hari ini mengeluar kenyataan menyeru kepada penyertaan Malaysia kepada Konvensyen Antarabangsa bagi Perlindungan Semua Orang Daripada Kehilangan Yang Dipaksa (ICPPED) dan undang-undang diwujudkan bagi menangani kehilangan paksa di negara ini.

“30 Ogos telah diisytiharkan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai Hari Antarabangsa Mangsa Kehilangan Paksa berikutan peningkatan kehilangan paksa di seluruh dunia. Sehingga kini, kehilangan aktivis seperti Pastor Raymond Koh, Amri Che Mat, Joshua Hilmy dan Ruth Sitepu belum menemui jalan penyelesaian. Masih tiada undang-undang atau remedi dalam negara yang dapat menangani kehilangan orang secara paksa terutamanya apabila ia melibatkan Kerajaan atau agensinya.

Berdasarkan laporan siasatan awam SUHAKAM terhadap kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat 2019, ia telah diputuskan bahawa kehilangan paksa sememangnya berlaku. SUHAKAM mengambil maklum bahawa Kerajaan telahpun menubuhkan sebuah pasukan petugas khas pada tahun 2019 bagi meneliti penemuan SUHAKAM dari siasatan awam tersebut.

Sehubungan itu SUHAKAM menyeru agar laporan pasukan petugas khas tersebut dibuka kepada umum.” kata SUHAKAM melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Menurut SUHAKAM lagi, pihak mereka sedang meneruskan siasatan awam terhadap kehilangan Joshua Hilmy dan Ruth Sitepu dan ia dijangka akan tamat pada akhir tahun ini.

“Akhir sekali, SUHAKAM dengan ini mengulangi seruannya agar Malaysia menyertai ICPPED sebagai langkah pertama ke arah membangunkan rangka kerja undang-undang yang kukuh bagi menangani kehilangan paksa di negara ini.” ujar SUHAKAM.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMPendapat

KENAPA MASIH ADA RAMAI MANGSA BANJIR PALOH TAK TERIMA BANTUAN?

Saya mempunyai senarai nama orang Paloh yang masih belum terima wang bantuan...

AMEkonomiHighlightsMY LNA

Anwar adakan sesi dialog dengan pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato’ Seri...

Alam SekitarAMHighlights

Orang ramai diingatkan tidak lakukan pembakaran terbuka

30 Mei 2023 – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim,...

AMMY LNA

Rodzi Md Saad pengarah baharu MAMPU

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia...