Home Politik Bersatu iktiraf sumbangan dan peranan Ahli Bersekutu
Politik

Bersatu iktiraf sumbangan dan peranan Ahli Bersekutu

30 Ogos 2020 – Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Dato’ Seri Hamzah Zainudin pada hari ini menyatakan bahawa parti BERSATU mengalu-alukan hasrat mana-mana rakyat Malaysia yang ingin menyertai parti BERSATU sebagai ahli biasa ataupun Ahli Bersekutu.

Menurutnya di dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Perlembagaan BERSATU sedia ada telah pun memperincikan perihal berkaitan Ahli Bersekutu seperti dalam Fasal 7 (Keahlian), Fasal 8 (Pendaftaran Keahlian) dan Fasal 9 (Tanggungjawab dan Hak Ahli).

“Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU juga sedang mengkaji cadangan untuk menubuhkan Badan Ahli Bersekutu yang akan membolehkan mereka memainkan peranan yang lebih bermakna di dalam parti.

Oleh yang demikian, kenyataan dari beberapa pihak yang mendakwa BERSATU telah lari dari matlamat asal dengan membuka keahlian kepada bukan bumiputera adalah tidak tepat.” kata Hamzah.

Justeru, sebagai sebuah parti politik yang berpandangan jauh dan inklusif, BERSATU mengiktiraf sumbangan serta peranan Ahli Bersekutu.

“BERSATU akan terus memperkasakan penglibatan dalam kalangan merka dari semasa ke semasa” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

MY LNAPolitik

Tuduhan Anwar – Dr M

1. Dalam usaha untuk menghalang perhimpunan Melayu yang menjemput saya hadir, Anwar...

MY LNAPolitik

Abdul Rahman pertahankan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO

KUALA LUMPUR 21 Februari 2023 – Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Dato’...

Politik

Nik Suryani bakal bertanding Exco Wanita UMNO

14 Februari 2023 – Bekas wartawan TV3, Nik Suryani Megat Deraman mengumumkan...

AMMY LNAParlimenPolitik

Ismail Sabri terharu dengan titah YDPA

KUALA LUMPUR, 13 Februari 2023 – Bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail...