AM

Perjanjian UAE-ISRAEL adalah pengkhianatan besar – ABIM

100

14 Ogos 2020 – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengeluarkan kenyataan semalam mengecam sekeras-kerasnya ‘perjanjian damai’ Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Israel yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Presiden ABIM Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata bahawa ABIM melihat tindakan ini sebagai satu tamparan hebat ke atas seluruh umat Islam, apabila Abu Dhabi mengiktiraf Israel dan seterusnya akan mewujudkan hubungan diplomatik dengan rejim Zionis itu.

“ABIM juga menegaskan bahawa perjanjian ini membelakangkan sentimen dan harapan masyarakat antarabangsa untuk melihat hak Palestin menjadi sebuah negara merdeka di tanah yang sekian lama dijajah rejim Zionis tercapai.

ABIM menekankan bahawa perjanjian yang mendapat restu dan sokongan kuat Trump – yang bertanggungjawab mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel dan seterusnya menaja ‘Deal of the Century’; sebagai satu pengkhianatan besar.” tegas Faisal.

Meurut Faisal lagi, ABIM konsisten berpegang teguh kepada penubuhan negara Palestin yang berdaulat dengan Baitul Maqdis sebagai ibu negara.

“ABIM mendesak kepada semua negara untuk bertindak atas kepentingan kemanusiaan serta kesedaran, berbanding kepentingan ekonomi dan perdagangan dengan pihak Washington semata-mata.”ujarnya.

Justeru, ABIM menggesa masyarakat antarabangsa serta semua pihak yang cintakan keamanan termasuklah kerajaan Malaysia untuk menyelar tindakan UAE ini sebagai satu tindakan yang menjatuhkan maruah rakyat Palestin dan seluruh umat Islam di dunia.

Pada 13 Ogos 2020 Donald Trump telah mengumumkan bahawa para pemimpin Israel dan UAE akan menandatangani perjanjian damai dalam tempoh tiga minggu. Beliau turut berkata bahawa beliau akan menjadi tuan rumah kepada Israel dan UAE di White House secepat yang boleh bagi menandatangani perjanjian tersebut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...