AMCOVID-19 @ My LNANiaga @ My LNA

MEDAC terima lonjakan panggilan sebanyak 382,255

156

24 Julai 2020 – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi YBM Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan bahawa Talian Pusat Sehenti Keusahawanan (PSK) serta 90 talian agensi lain di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah menerima sebanyak 382,255 panggilan, sejak bermulanya pandemik COVID-19 sehingga 20hb Julai 2020.

Menurut Dr. Wan Junaidi, jumlah panggilan meningkat mendadak sehingga 259,856 pertanyaan sejak 15hb April sehingga 20hb Julai. Ini adalah respons daripada usahawan melalui 90 talian yang di sediakan oleh agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) seperti Bank Rakyat, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), SME Corporation Malaysia, Institut Koperasi Malaysia, SME Bank dan TEKUN Nasional.

“Keseluruhan jumlah panggilan yang diterima dari bermulanya pandemik COVID-19 sehingga 20hb Julai 2020 adalah sebanyak 382,255 panggilan.

Daripada kesemua panggilan tersebut, 348,955 panggilan adalah kepada talian Bank Rakyat, 9,061 panggilan kepada talian SME Corp, 8,023 panggilan kepada MEDAC, 7,994 panggilan kepada TEKUN, 4,128 panggilan kepada SKM, 4,069 panggilan kepada SME Bank dan 28 panggilan kepada IKM.” jelas Dr. Wan Junaidi.

Menurutnya lagi, lonjakan ini menunjukkan respons positif usahawan kepada program-program bantuan prihatin yang telah dilaksanakan oleh MEDAC bagi membantu usahawan-usahawan yang terjejas teruk ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Antaranya Kemudahan Bantuan Khas (special Relief Facility), Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, moratorium penangguhan pembayaran balik pinjaman peribadi anggota kepada koperasi, penangguhan pembayaran balik pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK) dan lain-lain bantuan pinjaman dan insentif kerajaan.

“Kementerian akan terus komited dalam memberi khidmat nasihat keusahawan bagi menjawab pertanyaan, menerima komen serta bertindak sebagai medium saluran maklumat dan sokongan kepada usahawan.” ujarnya.

Nombor Talian PSK disamping 90 talian agensi lain di bawah MEDAC yang beroperasi dari jam 8 pagi hingga 6 petang seperti berikut:

• 1-300-88-1020
• +603-8892 3430
• +603-8892 3429

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...