AMPolitik @ My LNA

Suara anak-anak muda dan wanita dalam politik perlu diangkat – Challenger

234

9 Julai 2020 – Kejayaan penganjuran Parlimen Digital baru-baru ini menampakkan kewujudan kuasa ketiga iaitu kuasa anak muda di dalam landskap politik negara. Ia menjadi lebih marak berikutan masalah sistemik dalam politik lama yang dicengkam kuat oleh pemain pemain politik sama sejak berdekad-dekad lalu di mana cengkaman kuku besi pemain lama menyukarkan idea baru terutamanya dari golongan anak muda menyerlah.

Menurut NGO Change Led by Young Generation (CHALLENGER), pergolakan politik Malaysia antara Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional telah membawa pelbagai impak negatif kepada dasar-dasar hak kebebasan asasi dan juga impak negatif ke atas imej negara tercinta.

“Kelumpuhan institusi demokrasi dengan penukaran kerajaan Perikatan Nasional tanpa melalui pilihan raya dan ketiadaan perbahasan parlimen, pelepasan tanpa perbicaraan individu berprofil tinggi yang telah dituduh menyeleweng wang rakyat dan dituduh membuat dan menerima rasuah, pemecatan individu-individu berkelayakan tinggi dari GLC dan juga perebutan kuasa pencalonan Perdana Menteri dalam Pakatan Harapan. Kesemua insiden ini membuktikan bahawa terdapat masalah sistemik dalam latar politik lama negara.

Kami percaya bahawa sudah masanya untuk sebuah nafas baru dihembuskan dalam lanskap politik negara. Suara anak-anak muda dan wanita dalam politik perlu diangkat. Jangan terus kekal di takuk lama. Berikan peluang kepada wajah-wajah baru dan ideologi politik baru menerajui pimpinan negara.” kata Challenger melalui kenyataan media semalam.

Tambah Challenger, Malaysia adalah milik rakyat dan bukan hak mutlak pemimpin politik sedia ada. Anak-anak muda dari Challenger melihat, mendengar dan tidak takut bersuara.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...