Home MY LNA AM Politik @ My LNA Kumpulan Tun M dan Warisan bukanlah musuh – AMANAH dan DAP
Politik @ My LNA

Kumpulan Tun M dan Warisan bukanlah musuh – AMANAH dan DAP

29 Jun 2020 – Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP menyatakan bahawa kumpulan Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti Warisan bukanlah musuh tetapi sebaliknya mereka adalah sekutu dalam perjuangan menentang gabungan kleptokratik Perikatan Nasional.

“Adalah penting bagi parti-parti Pakatan Harapan Plus untuk mencapai kesefahaman tentang siapakah musuh sebenar. Amanah dan DAP berpegang bahawa Warisan dan kumpulan Dr Mahathir dalam Bersatu bukanlah musuh. Sebaliknya mereka adalah sekutu dalam perjuangan menentang gabungan kleptokratik Perikatan Nasional.

Sebaliknya, kami berpandangan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Seri Najib Razak dan Hamzah Zainuddin lah yang merupakan dalang jahat merencana rampasan kuasa Langkah Sheraton demi membebaskan pemimpin Umno daripada pendakwaan rasuah dan memberi talian hayat kepada pentadbiran kleptokratik sebelum ini; yang dibantah tegas oleh rakyat Malaysia dalam PRU ke-14. Justeru itu, tidak boleh ada sebarang rundingan pembentukan kuasa dengan kumpulan pemimpin ini.” tegas Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin bin Ayub dan Naib Pengerusi DAP M Kula Segaran yang mewakili parti masing-masing di dalam satu kenyataan media bersama hari ini.

Kedua-dua buah parti politik tersebut turut berpandangan bahawa sebarang kombinasi parti untuk memulihkan mandat rakyat mestilah melibatkan parti-parti asal ‘Pakatan Harapan Plus’ yang telah mendapat undi dan sokongan rakyat pada 9 Mei 2018.

“Parti-parti ini adalah Amanah, DAP, Parti Keadilan Rakyat, Warisan dan kumpulan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam parti Bersatu.

Tidak boleh ada sebarang perjanjian atau cubaan untuk membuat perjanjian dengan Datuk Seri Hamzah Zainuddin, konspirator utama rampasan kuasa Langkah Sheraton. Sebarang perkiraan yang melibatkan Hamzah, tetapi mengesampingkan Warisan dan kumpulan Dr Mahathir adalah tidak boleh diterima dan tidak berasaskan prinsip.

Pada asasnya, kami ingin supaya rakan-rakan mengetahui siapa sebenarnya kawan dan lawan. Kegagalan membezakan antara kawan dan lawan akan membawa kita ke arah kehancuran yang tidak terbendung.” jelas mereka.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMIsu SemasaMY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

MA63 : Kuasa pentadbiran sektor kesihatan dan pendidikan

Ikuti video ulasan Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku...

MY LNAPolitik @ My LNA

Sokong Kerajaan Perpaduan, pelihara kepentingan seluruh rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia diseru supaya terus menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar...

MY LNAPolitik @ My LNA

Lima petikan penting daripada ucapan Anthony Loke di Persidangan Parti DAP 2023

“Kita mesti mengingatkan diri sendiri bahawa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli DAP mestilah sentiasa...

AMMY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Berita Ahli Parlimen BN mahu kosongkan kerusi adalah khabar angin – Ahmad Zahid

SHAH ALAM, 21 Ogos 2023 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan...