AM

Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) ditubuhkan

231

Putrajaya 18 Jun 2020 – Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) yang dipengerusikan oleh YB Menteri Kanan Kluster Sosial telah ditubuhkan oleh Kementerian Perpaduan Negara. Ia turut dianggotai oleh tokoh-tokoh masyarakat merangkumi pelbagai sektor termasuk wakil dari Badan Bukan Kerajaan (NGO), pihak swasta dan individu yang berpengalaman dan berkepakaran dalam bidang perpaduan.

Menurut Kementerian terbabit melalui kenyataan media yang diedarkan semalam, penubuhan MPPN adalah selari dengan pengemaskinian dan penyusunan semula struktur jawatankuasa-jawatankuasa perpaduan sedia ada dan teras utama dan hala tuju baharu Kerajaan semasa.

“Keahlian MPPN adalah dilantik oleh YAB Perdana Menteri bagi tempoh dua (2) tahun. MPPN akan bersidang sebanyak enam (6) kali setahun bagi membincangkan isu-isu perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.

MPPN ini disokong oleh Jawatankuasa Pelaksana Perpaduan Negara yang dipengerusikan oleh YB Menteri Perpaduan Negara di peringkat Kementerian dan Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri yang dipengerusikan oleh ahli-ahli YB EXCO Perpaduan Negeri di peringkat negeri masing-masing.” jelas Kementerian.

Tambah Kementerian, MPPN akan bertanggungjawab menasihati Kerajaan melalui Kementerian dalam hal-ehwal perpaduan serta membincangkan isu-isu perpaduan, usaha-usaha penyatuan nasional (national reconciliation) dari pelbagai sudut dan mencadangkan kaedah penyelesaian terbaik kepada Kerajaan untuk menangani isu dan cabaran perpaduan bagi terus mengukuhkan agenda perpaduan nasional.

“Langkah menubuhkan MPPN di peringkat kebangsaan dan jawatankuasa-jawatankuasa perpaduan di peringkat Kementerian serta negeri adalah bagi memperkukuhkan hal ehwal perpaduan dan integrasi nasional secara bersepadu demi kepentingan rakyat dan negara Malaysia.” kata Kementerian.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...